Berita Harian

empower ECER tingkat pencapaian pelajar B40

-

Kuantan: Kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menerusi Program Latihan Akademik empower ECER membuahkan hasil apabila seramai 48 pelajar mencapai keputusan 5A dan ke atas dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, baru-baru ini.

Pengarah Projek empower ECER, Prof Madya CHM Dr Abdul Aziz Mohd Azoddein, berkata UMP dan ECERDC berbesar hati dengan peningkata­n yang ditunjukka­n oleh semua pelajar yang mengikuti program empower ECER 2020.

Beliau berkata, berdasarka­n perbanding­an Take Off Value

(TOV) pada 2019, hanya tujuh pelajar sahaja mencapai keputusan 5A dan ke atas.

“Peningkata­n seramai 41 pelajar ini adalah daripada bantuan program tambahan di bawah program empower ECER.

“Untuk analisis pencapaian peningkata­n Gred Purata Murid (GPM) dan Layak Mendapat Sijil (LMS) pula, ada peningkata­n positif bagi kedua-duanya.

“Secara purata, 96 peratus atau 577 daripada 600 pelajar telah meningkat dalam GPM dan peratus pelajar yang mencapai LMS pula adalah sebanyak 94 peratus atau 563 daripada 600 pelajar lulus dalam SPM 2020,” katanya.

Program Latihan Akademik empower ECER, bertujuan membantu pelajar kurang berkemampu­an dari segi kewangan, iaitu golongan B40.

Kerjasama itu membabitka­n UMP yang bertindak sebagai Penyedia Latihan Program empower ECER bagi kawasan Kuantan, Pekan dan Bera.

Ia membabitka­n seramai 600 calon SPM 2020 dari 14 sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Daerah Pendidikan Kuantan, Pekan dan Bera.

Terdapat pelbagai modul yang dijalankan pada tahun ini seperti empower Tuition, empower Restu Ilmu, empower Touchdown dan program motivasi.

Abdul Aziz berkata, setiap program yang dianjurkan adalah untuk meningkatk­an jati diri, motivasi serta membantu pelajar untuk meningkatk­an prestasi pelajaran mereka.

“Dengan kekangan wabak pandemik COVID-19 dan cabaran pelajar perlu menjalani pelajaran secara dalam talian, ia tidak memutuskan semangat mereka dalam mencapai prestasi yang sebegini,” katanya.

Sementara itu, Sheikh Muhammad Alif Iskandar Sheikh Mohd Nazri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mat, Pekan yang memperoleh 7A berterima kasih kepada empower ECER.

“Sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PDPR), saya terpaksa membiasaka­n diri dengan pembelajar­an baharu dan keputusan percubaan ialah 3A.

“Bagaimanap­un, dengan bantuan modul teknik menjawab yang dibekalkan oleh empower ECER, saya dapat meningkatk­an prestasi dalam peperiksaa­n SPM.

“Saya berterima kasih kepada pihak penganjur kerana membantu golongan yang tidak berkemampu­an seperti saya,” kata anak keempat daripada enam beradik.

Bagi Nur Madihah Mokhtar, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan

Bera Bandar 32, Bera gembira kerana mencapai keputusan 5A.

“Sebelum ini, saya gagal dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan Biologi.

“Sepanjang PDPR, saya mengalami masalah internet tidak stabil yang menyebabka­n fokus agak terganggu ketika kelas berjalan.

“Namun, ia tidak melunturka­n semangat saya untuk mencari alternatif lain jika tertinggal dalam sesuatu pelajaran.

“Pendapatan keluarga yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menguatkan semangat saya agar tidak terus menerus mengalah dalam pelajaran yang bakal menentukan hidup saya selepas ini,” katanya

Juliya Hamid dari SMK Padang Garuda, di sini pula berkata, program empower ECER memberi impak yang besar kerana sesi pembelajar­an yang dilaksanak­an mudah difahami oleh semua pelajar.

Katanya, tempoh masa yang diperuntuk­kan untuk program itu sesuai kerana banyak masa yang boleh digunakan untuk mengulangk­aji dan membuat latih tubi.

“Oleh itu, saya berterima kasih atas sokongan dan kerjasama diberikan,” kata Juliya yang mencatat keputusan cemerlang 7A.

 ??  ?? Dari kiri, Nur Madihah, Sheikh Muhammad Alif Iskandar dan Juliya menunjukka­n keputusan peperiksaa­n SPM 2020, baru-baru ini.
Dari kiri, Nur Madihah, Sheikh Muhammad Alif Iskandar dan Juliya menunjukka­n keputusan peperiksaa­n SPM 2020, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia