Berita Harian

5,803 jangkitan baharu, 81 lagi kematian direkod

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 81 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam yang turut menyaksika­n 5,803 jangkitan baharu direkodkan, jumlah kes harian melebihi 5,000 bagi tempoh empat hari berturut-turut.

Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di Malaysia kini mencecah 4,884 kes dengan kematian kelmarin membabitka­n 30 pesakit di Selangor, Kuala Lumpur (14), Johor (12), Negeri Sembilan (9), Sarawak (5), Pahang (3), Melaka (3), Labuan (2), Pulau Pinang (1), Kedah (1) dan Terengganu (1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Malaysia kini 728,462 kes dengan Selangor kekal merekodkan jangkitan harian tertinggi kelmarin dengan 2,108 kes.

Ia diikuti Negeri Sembilan (741), Kuala Lumpur (628), Sarawak (491), Melaka (355), Johor (329), Pahang (220), Sabah (189), Kedah (186), Pulau Pinang (160), Perak (137), Kelantan (103), Labuan (99), Terengganu (29), Putrajaya (24) dan Perlis (4).

“Sebanyak 5,193 kes sembuh direkodkan pada hari ini (semalam), menjadikan keseluruha­n kes sembuh yang dicatatkan ialah 662,932. Sementara itu, 866 kes kini dalam rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 435 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya, semalam.

Dr Noor Hisham memaklumka­n, 14 lagi kluster baharu dikesan dengan sembilan adalah kluster tempat kerja.

Katanya, kluster baharu merekodkan jumlah jangkitan tertinggi adalah kluster tapak binaan di Kepong dengan 152 kes positif hasil saringan 176 individu membabitka­n pekerja di satu tapak pembinaan di Pintasan Segambut, Kepong.

Secara keseluruha­n, beliau berkata, Selangor merekodkan kluster tertinggi dengan empat, diikuti dua kluster di Johor serta masing-masing satu di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kelantan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

“Jumlah kluster yang tamat adalah sebanyak 1,887 kluster, manakala 868 kluster dikesan masih aktif,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia