Berita Harian

‘Rezeki 5 cucu, bantuan tak pernah putus’

- Oleh Mohd Khidir Zakaria

Nenek ambil alih tugas selepas anak, menantu meninggal akibat pandemik bhnews@bh.com.my

Port Dickson: “Terima kasih kepada semua pihak yang ambil berat kebajikan cucu. Saya sangat terharu kerajaan juga ambil berat kesulitan kami selepas anak tunggal saya serta menantu meninggal dunia akibat COVID-19,” kata Faridah Md Shahar, 74.

Warga emas itu nenek kepada lima beradik yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka, Nazita Idris, 45, dan Rodzi Tahar, 55, meninggal dunia akibat jangkitan virus berkenaan pada bulan lalu.

Faridah ditemui ketika menerima sumbangan disampaika­n Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun di rumahnya di Bandar Sunggala di sini, semalam.

Dia menganggap sumbangan demi sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak sejak kisah mereka dilaporkan adalah rezeki, khususnya buat lima cucu berusia tujuh hingga 23 tahun.

“Saya tak tahu nak cakap bagaimana kerana sangat terharu. Ini rezeki, terutama buat cucu yang perlu menempuh kehidupan mereka pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Rina berkata, kementeria­nnya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertindak segera menyalurka­n bantuan persekolah­an untuk dua daripada lima beradik berkenaan sebanyak RM300 sebulan.

Katanya, bantuan lain juga disalurkan untuk meringanka­n beban mereka, antaranya peranti tablet bagi kegunaan pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PDPR) serta barangan dapur.

“Bukan mudah (terima hakikat) apabila tiba-tiba dalam tempoh seminggu, kedua-dua orang tua maut akibat pandemik COVID-19. Kami datang untuk meringanka­n beban mereka sekeluarga,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Khidir Zakaria/bh) ?? Rina menyampaik­an sumbangan kepada Faridah dan cucunya di Bandar Sunggala, Port Dickson, semalam.
(Foto Mohd Khidir Zakaria/bh) Rina menyampaik­an sumbangan kepada Faridah dan cucunya di Bandar Sunggala, Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia