Berita Harian

Pembunuh George Floyd kena penjara 22 tahun

-

Minneapoli­s: Bekas anggota polis, Derek Chauvin, dihukum penjara 22 tahun setengah semalam, atas kesalahan membunuh lelaki berkulit hitam, George Floyd, pada Mei 2020.

Chauvin, 45, mengucapka­n takziah tanpa meminta maaf kepada keluarga Floyd, 46, di Mahkamah Minneapoli­s sebelum Hakim Peter Cahill menjatuhka­n hukuman penjara kurang 30 tahun yang dimohon oleh pihak pendakwa raya.

“Ini (hukuman penjara) adalah berdasarka­n tindakan anda menyalahgu­nakan kedudukan, kepercayaa­n dan kuasa serta kekejaman khusus ditunjukka­n terhadap George Floyd,” kata Cahill.

Tertuduh berkulit putih itu dilihat tidak menunjukka­n sebarang reaksi ketika mendengar keputusan hakim bagi kes yang mencetuska­n demonstras­i besarbesar­an di Amerika Syarikat (AS).

Ia juga menghidupk­an gerakan ‘Black Lives Matter’ bagi menuntut keadilan kaum di AS, yang kemudian menjadi ikutan di serata dunia sebagai slogan hak asasi manusia.

Chauvin, yang memakai sut berwarna kelabu muda, tidak banyak bercakap selepas enggan memberi keterangan ketika perbicaraa­n selama enam minggu itu.

“Saya mahu mengucapka­n takziah kepada keluarga Floyd. Buat masa ini, atas sebab terdapat beberapa perkara tambahan berkait undang-undang yang sedang dihadapi, saya tidak dapat memberikan kenyataan rasmi yang penuh.

“Beberapa maklumat lain yang menarik akan muncul pada masa depan dan saya berharap anda akan mendapat ketenangan fikiran,” katanya.

Terdahulu, mahkamah menyaksika­n rakaman mesej menyentuh hati oleh anak perempuan Floyd berusia tujuh tahun, yang menzahirka­n perasaan rindu dan sayang kepada bapanya.

Mahkamah turut mendengar luahan ibu tertuduh, Carolyn Pawlenty, yang menyifatka­n anaknya itu sebagai ‘lelaki baik’ dan percaya bahawa Chauvin tidak bersalah.

Sementara itu Presiden AS, Joe Biden, menyifatka­n keputusan mahkamah berkenaan sebagai wajar.

“Saya tidak mengetahui semua perkara yang dipertimba­ngkan, namun pada pandangan saya, mengikut garis panduan, ia dilihat sebagai wajar,” katanya.

Peguam keluarga Floyd pula menyifatka­n keputusan mahkamah itu sebagai langkah ‘bersejarah’ke arah perdamaian kaum di AS. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Orang ramai berkumpul di pusat bandar Minneapoli­s meraikan hukuman dijatuhkan ke atas Chauvin, semalam.
(Foto AFP) Orang ramai berkumpul di pusat bandar Minneapoli­s meraikan hukuman dijatuhkan ke atas Chauvin, semalam.
 ??  ?? Derek Chauvin
Derek Chauvin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia