Berita Harian

Peeters dedah menu kapten Portugal

-

London: Dengan menganggap tubuhnya sebagai tempat suci dan kesungguha­nnya mengejar kejayaan, tidak mengejutka­n sekiranya Cristiano Ronaldo sangat mementingk­an pemakanann­ya.

Kapten Portugal itu mungkin sudah berusia 36 tahun, namun prestasiny­a pada kempen kali ini membuktika­n betapa usia tidak menjejaska­n persembaha­nnya.

Dua gol yang dijaringka­n ketika menentang Perancis menyaksika­n dia kini terikat dengan Ali Daei untuk rekod jaringan antarabang­sa terbanyak.

Rakan sepasukann­ya di Juventus, Daouda Peeters mendedahka­n pemenang Ballon d’or lima kali itu tidak pernah mengambil makanan selain yang benar-benar sihat.

Ketika ditanya mengenai makan malam Ronaldo, Peeters menjawab: “Selalunya sama. Brokoli, ayam dan nasi. Dengan beberapa liter air dan sudah tentu tanpa Coca-cola.”

Dengan mengawal dietnya yang disifatkan kurang menyelerak­an, ia menjawab persoalan bagaimana pemain itu mengekalka­n prestasi dan hanya memiliki tujuh peratus lemak badan.

“Cristiano sentiasa mahu menang di mana-mana. Saya pergi ke gimnasium sebelum ini dan saya berjumpany­a di sana. Saya begitu kagum dengannya. Dia memiliki tubuh badan yang sempurna sebagai pemain bola sepak.

“Walaupun saya agak berotot juga tetapi selepas berjumpany­a di gimnasium, saya tahu banyak lagi yang perlu saya lakukan.

“Tetapi dia melakukan kerja gila sebegini untuk bertahun-tahun lamanya,” katanya.

Daouda Peeters

Pemain Belgium menjalani latihan menjelang aksi menentang Portugal.

Martinez tidak akan ubah pendekatan layan Portugal

Brussels: Jurulatih Roberto Martinez berkata Belgium tidak akan mengubah pendekatan bagi menghadapi saingan kelompok 16 terakhir menentang penyandang gelaran, Portugal walaupun ancaman bakal diberikan penjaring terbanyak kejohanan, Cristiano Ronaldo.

Belgium, pasukan yang menduduki ranking teratas dunia, berdepan saingan sukar selepas mengumpul mata maksimum daripada Kumpulan B manakala Portugal mara sebagai satu daripada pasukan ketiga terbaik, sama seperti dilakukan mereka pada 2016.

Namun, ketika Romelu Lukaku yang semakin menunjukka­n prestasi terbaik manakala Kevin De Bruyne kembali cergas selepas kecederaan muka pada final Liga Juara-juara dan Eden Hazard memulakan perlawanan pertamanya ketika menang 2-0 mengatasi Finland, Belgium memiliki jelas kekuatan tersendiri.

“Kami tidak boleh mengubah

London: Legenda Jerman, Lothar Matthaus mengakui England berpeluang memenangi pertemuan menentang Jerman pada aksi pusingan 16 terbaik - asalkan perlawanan tidak diheret ke sepakan penalti penentuan.

Dia melihat England memiliki peluang terbaik untuk mengetepik­an seteru lama mereka itu, namun masih dihantui kegagalan sepakan penalti penentuan pada masa lampau.

“England ada peluang untuk menang tetapi tidak dengan sepakan penalti. Kalau penalti, saya yakin Jerman akan menang. Jadi mereka (England) perlu menang diri kami. Kami pasukan yang dinamik yang dibina untuk menyerang dan mendapatka­n gol secepat mungkin, tapi kami perlu bersabar,” kata Martinez dalam sidang akhbar.

“Kami perlu membuat keputusan yang tepat bila untuk bersabar dan bila mahu melakukan serangan balas pantas. Kami sangat yakin. Apabila kami gembira bermain bola sepak, kami bermain pada tahap terbaik,” katanya.

Belgium yang menduduki tempat ketiga Piala Dunia 2018 perlu bekerja keras untuk ke final 11 Julai ini di Wembley dengan Itali serta Perancis atau Sepanyol mungkin menjadi lawan mereka dalam tempoh 120 minit.

“Kami sentiasa bagus dalam penalti. Kalau ia perlu ditentukan dengan penalti, saya berpendapa­t Jerman adalah pilihan kerana anda perlu lihat apa yang berlaku dalam 30, 40 tahun sebelum ini, 1996 dan beberapa penalti yang lain.

“Ini adalah satu tekanan yang besar kepada pemain England mereka membaca surat khabar dan mereka tahu cerita mengenai sepakan penalti.

“Tetapi anda pun tidak boleh terlalu negatif dan pesimistik. Anda perlu optimistik untuk masa depan. pada dua pusingan seterusnya jika menewaskan Portugal.

“Ia laluan yang sukar tetapi jika kami mara, ia pastinya bagus,” kata penjaga gol Thibaut Courtois.

“Itu undian yang kami terima tetapi kami harap penamatnya akan baik buat kami.”

Cabaran pertama ialah Ronaldo dan rakannya di Seville, tempat Belgium akan mendapat kelebihan rehat dua hari berbanding Portugal yang seri 2-2 berdepan Perancis, Khamis lalu untuk mara ke pusingan kalah mati.

“Ia mungkin terlalu awal buat kedua-dua pasukan bertemu sesama sendiri tetapi anda perlu bersedia,” kata Martinez. AFP

Lothar Matthaus

“Apabila anda melihat England, mereka ada pemain hebat yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kelab terbaik di seluruh dunia. Pemain mereka menang trofi dengan pasukan masing masing.

“England pun menunjukka­n persembaha­n yang baik pada Piala Dunia tiga tahun lalu - lebih baik daripada Jerman jadi saya rasa mereka ada peluang.

“Kalau mereka beraksi pada tahap tertinggi, mereka boleh menewaskan Jerman. Jerman pun sudah bersedia untuk menang menentang mana mana lawan sekalipun,” katanya. AGENSI

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia