Berita Harian

Jamal Abdillah mohon maaf langgar SOP sertai karaoke di ladang

-

Penyanyi bertaraf legenda, Datuk Jamal Abdillah mohon maaf kepada rakyat Malaysia atas salah faham yang berlaku selepas kesilapann­ya memenuhi pelawaan makan durian sambil berkaraoke di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor, Perak pada Jumaat lalu.

Mengulas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Jamal berharap, orang ramai tidak mencontohi kesilapann­ya.

“Saya ingin mohon maaf. Salah atau tidak, saya tetap nak minta maaf. Sebagai rakyat Malaysia, saya sepatutnya peka dengan situasi semasa dalam pandemik COVID-19.

“Tetapi, itulah keadaan saya seperti ditelan mati mak, diluah mati bapa. Dalam mahu menjaga hati orang, tetapi saya tidak sedar tindakan saya salah.

“Jadi, saya minta maaf banyak-banyak pada rakyat Malaysia. Janganlah mencontohi apa yang saya lakukan,” katanya kepada HIP.

Menjelaska­n situasi sebenar, Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd Ali berkata, dia berada di ladang berkenaan bagi mendapatka­n baja bisnes kolam ikan yang diusahakan.

“Sebenarnya, saya ke tempat pembekal bagi mendapatka­n baja untuk kolam ikan yang diusahakan di Bukit Merah.

“Apabila saya berada di sana, kawan-kawan mempelawa saya makan durian kerana secara kebetulan, durian banyak gugur pada hari berkenaan.

“Jadi, saya pun duduk makan. Awalnya, tidak ramai, hanya saya dan isteri serta dua rakan iaitu pembekal baja dan pemilik dusun durian. Disebabkan peminat, saya tidak mahu bersikap menyombong, jadi duduk makan,” katanya.

Penyanyi lagu Kekasih Awal

Dan Akhir itu percaya, rakannya itu mungkin menghantar mesej kepada rakan lain.

“Seorang demi seorang datang, jadilah seperti satu majlis. Mahu dijadikan cerita, ada pula set karaoke di situ. Ketika makan saya buka pelitup muka dan mereka minta saya menyanyika­n lagu.

“Mungkin ada individu di kampung berkenaan tidak puas hati dan menularkan gambar kami. Disebabkan itu, saya katakan perkara ini seperti ditelan mati mak, diluah mati bapa.

“Kalau terlalu lurus saya pula dikatakan berlagak. Apabila diikutkan permintaan, begini pula jadinya.

“Bagaimanap­un, saya terus balik selepas makan. Saya tiada masalah soal merentas negeri kerana mempunyai surat kebenaran,” katanya.

Terdahulu, beberapa keping gambar Jamal bersama sekumpulan individu sedang menikmati durian dan sambil berkaraoke tular hingga mencetuska­n kemarahan ramai di laman sosial.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superinten­dan Wan Azharuddin Wan Ismail dilaporkan berkata, pihaknya mendapatka­n keterangan Jamal dan beberapa individu dipercayai peniaga serta penduduk kampung bagi membantu siasatan.

Jamal sudah memberi keterangan di Balai Polis Tapah, petang kelmarin berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

“Alhamdulil­lah, saya sudah memberi keterangan kepada polis kira-kira 15 hingga 20 minit, kelmarin. Polis sudah melawat kawasan kejadian untuk menjalanka­n siasatan.

“Mereka juga mendapati kawasan berkenaan ada bekalan baja. Soal denda, saya serahkan kepada pihak berkuasa, cuma saya terangkan situasi sebenar yang terjadi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia