Berita Harian

Guru berperahu bimbing murid, edar bahan pengajaran

Tiada internet di pedalaman dorong guru ambil inisiatif pastikan murid terus belajar

-

Guru SK Desa Permai di Kinabatang­an, Sabah, mengemudi sendiri perahu meredah sungai untuk menghantar modul PDPR kepada murid mereka selain mengadakan kelas di atas perahu supaya tidak tercicir dalam pelajaran.

Kinabatang­an: Perahu menjadi ‘bilik darjah’ seorang guru di sini bagi memastikan tiada muridnya tercicir dalam pelajaran ketika pelaksanaa­n fasa satu kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) menyebabka­n sesi pengajaran dan pembelajar­an secara bersemuka tidak dapat dijalankan.

Nasir Mohamed Jamal, 39, seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Permai turut menggunaka­n perahu itu untuk menghantar modul pembelajar­an setiap minggu kepada murid.

“Saya atau rakan guru lain mengambil inisiatif sendiri untuk menghantar modul pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PDPR) menggunaka­n perahu sekali atau dua kali seminggu.

“Menjalanka­n PDPR menggunaka­n peranti adalah mustahil kerana kami tiada perkhidmat­an internet (yang baik),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Berbekalka­n sebuah beg mengandung­i modul PDPR dan meja lipat, Nasir yang mengajar Sains, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, menggunaka­n perahu kayu beratap yang dikemudiny­a di Sungai Kinabatang­an untuk ke rumah murid.

Berikutan tiada jeti atau tempat turun yang sesuai, beliau keluar dari perahunya dengan berhati-hati di kawasan cetek di tepi sungai dan menjemput muridnya di rumah berdekatan.

“Mari kita belajar hari ini macam biasa,” kata Nasir kepada muridnya dan akan mengimbas suhu badan, memberikan cecair pembasmi kuman dan pelitup muka sebelum sesi pembelajar­an dalam perahu dimulakan.

Nasir yang berasal dari Padang Rengas, Perak dan berkhidmat di sekolah itu sejak 10 tahun lalu, mengakui keadaan di pedalaman yang jauh berbeza di bandar mewujudkan perasaan tanggungja­wab dalam dirinya serta lima guru lain di sekolah itu berusaha memberi pendidikan terbaik kepada muridnya.

“Kami (guru) akan menerangka­n kepentinga­n melanjutka­n pelajaran kerana mereka ini boleh berjaya dan membawa perubahan kepada masyarakat sekeliling mereka,” tambahnya.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Nasir mengajar dalam perahu berdekatan rumah muridnya di Sungai Kinabatang­an.
(Foto BERNAMA) Nasir mengajar dalam perahu berdekatan rumah muridnya di Sungai Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia