Berita Harian

PM bakal umum bantuan lebih komprehens­if

Pengumuman dijangka hari ini atau esok ambil kira keperluan semua pihak terjejas pandemik

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Petaling Jaya: Kerajaan akan mengumumka­n bantuan lebih komprehens­if di bawah Fasa Pertama (Kawalan Pergerakan) Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada hari ini atau esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumka­n yang perincian bantuan itu akan merangkumi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan kira-kira 12 juta individu atau isi rumah di negara ini yang terjejas dengan penularan COVID-19 menerima bantuan serta sokongan sewajarnya dalam mendepani saat yang sukar ketika ini.

“Kita faham bila di fasa begini (fasa pertama Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara) dan seterusnya sampai ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan?

“Kumpulan B40 dan M40 dah tentu (dibantu) termasuk dalam pemberian moratorium, kumpulan T20 juga ada (yang layak),” katanya selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini semalam.

Perdana Menteri berkata, bantuan yang akan diumumkan kali ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan terjejas wabak COVID-19.

“Perinciann­ya akan saya maklumkan, supaya semua tahu di mana kita berada, tapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, membayangk­an situasi ketika ini sesuai untuk kerajaan mengembali­kan inisiatif pernah dilaksanak­an sebelumnya bagi membantu rakyat dan perniagaan seperti skim i-lestari, i-sinar dan moratorium automatik.

Katanya, beliau sudah berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Negara Malaysia (BNM) serta kehadiran Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini menjadi masa yang tepat untuk mengembali­kan semula inisiatif terbabit.

Sementara itu, satu sumber lain menjangkak­an, kerajaan akan menambah jumlah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan melanjutka­n Program Subsidi Upah (PSU) bagi terus membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan.

Katanya, dua bantuan itu adalah antara yang dijangka akan diumumkan kerajaan hari ini atau esok, selain pemberian moratorium dan i-sinar 2.0.

Sementara itu Pengurus Pembanguna­n Perniagaan, Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, menjangkak­an moratorium automatik kedua akan dilaksanak­an kali ini.

“Saya ada terdengar kerajaan akan umumkan moratorium automatik ini dan kita harap ia dapat membantu lebih ramai orang kali ini.

“Saya yakin KWSP tidak berdepan masalah melaksanak­an i-sinar kali kedua dan tidak menjejaska­n pelaburan mereka. Ini kerana setiap tahun caruman bersih KWSP RM25 bilion.

“Ini selepas menolak jumlah caruman masuk RM70 bilion yang diterima setahun dengan jumlah pengeluara­n setahun kira-kira RM45 bilion,” katanya.

Perinciann­ya akan saya maklumkan, supaya semua tahu di mana kita berada, tapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat Muhyiddin Yassin,

Perdana Menteri

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Muhyiddin beramah mesra dengan petugas kesihatan ketika meninjau proses vaksinasi di PPV Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, semalam.
(Foto BERNAMA) Muhyiddin beramah mesra dengan petugas kesihatan ketika meninjau proses vaksinasi di PPV Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia