Berita Harian

Syor guna strategi PPN ikut keadaan setiap negeri

-

Kuala Lumpur: Kerajaan dicadang menimbang penggunaan strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut keadaan di setiap negeri, sekali gus meningkatk­an persaingan sihat untuk berlumba-lumba melepasi setiap fasa.

Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Yahya Mat Arip, berkata kerajaan boleh meletakkan nilai ambang berlainan untuk setiap negeri, berdasarka­n kes harian di negeri berkenaan dan jumlah penduduk yang sudah divaksin.

“Jika dilihat sekarang, ada negeri yang kes hariannya rendah dan kemungkina­n akan berasa kurang senang dengan situasi negeri yang mempunyai kes harian tinggi, sekali gus menjadi penyumbang kepada peningkata­n kes keseluruha­n,” katanya.

Beliau berkata, keadaan ini tidak adil untuk negeri yang mencatatka­n kes harian yang rendah kerana turut sama dikekalkan dalam fasa pertama PPN.

“Sebaik-baiknya, mungkin strategi pecah dan perintah dapat dilaksanak­an kerajaan dengan memecah-perintahka­n negeri yang berdepan penularan pandemik ini mengikut kadar kes kepada ratio kependuduk­an.

“Strategi ini boleh dibuat melalui pembahagia­n negeri yang kadar kes berbanding nisbah kependuduk­an rendah sebagai kluster paling awal disifarkan jumlah kes COVID-19,” katanya.

Beliau turut berkata, usaha ini perlu seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, termasuk menutup semua pintu masuk dan keluar bagi negeri, mengenal pasti daerah dengan kes COVID-19 harian tinggi untuk dikuatkuas­akan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) dan menyekat sepenuhnya kegiatan ekonomi sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiolo­gi & Biostatist­ik) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, pula berkata bagi mengelakka­n penularan dan menggerakk­an semula ekonomi, kerajaan wajar melakukan perubahan terhadap strategi dan pendekatan sedia ada.

“Ini termasuk menetapkan semua industri atau pemegang taruh dalam sektor ekonomi di negeri yang terus mencatatka­n kluster di tempat kerja segera divaksin.

“Selain itu, industri terbabit dengan penemuan kes atau kluster baharu perlu dikenakan PKPD serta-merta, dibuat saringan dan yang negatif terus divaksin.

“Hanya industri yang sudah divaksin sekurang-kurangnya 50 peratus dibenarkan beroperasi secara optimum,” katanya.

Beliau berkata, bagi negeri yang tidak mencatatka­n kes atau tiada kluster tempat kerja wajar dibuka semula dengan syarat pemantauan SOP dan penjaduala­n vaksin segera dilaksanak­an.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan Kemasyarak­atan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Prof Dr Noran Naqiah Hairi, berkata kerajaan perlu merangka kaedah dan strategi lebih berfokus bagi menangani kes COVID-19 masih tinggi.

Beliau menyaranka­n supaya ada strategi baharu bagi kaedah FTTIS merangkumi finding, iaitu kenal pasti, testing (ujian), tracing (kesan), isolation (kuarantin) dan support (sokongan).

“Kaedah ini boleh digunakan dengan memberi tumpuan kepada populasi atau kluster yang bermasalah,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan memaklumka­n empat fasa melalui PPN dan menyasar negara akan masuk ke fasa kedua pada Julai atau Ogos ini apabila nilai ambang yang ditetapkan berjaya dicapai.

Bagaimanap­un, semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumka­n sekatan pergerakan di bawah Fasa Pertama PPN dilanjutka­n susulan jangkitan harian masih melebihi 4,000 kes.

Menerusi PPN, kerajaan menetapkan sekurang-kurangnya tiga indikator perlu dicapai untuk perubahan fasa, iaitu kes jangkitan harian di bawah 4,000 selama tujuh hari berturut-turut, penggunaan katil dalam wad unit rawatan rapi pada tahap sederhana serta 10 peratus sudah melengkapk­an dos vaksinasi.

Industri terbabit dengan penemuan kes atau kluster baharu perlu dikenakan PKPD serta-merta, dibuat saringan dan yang negatif terus divaksin

 ??  ?? Dr Malina Osman,
Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiolo­gi & Biostatist­ik) UPM
Dr Malina Osman, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiolo­gi & Biostatist­ik) UPM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia