Berita Harian

Jun Hoong teruja kembali tersenarai

-

Kuala Lumpur: Penerjun negara, Cheong Jun Hoong mengakui lega selepas namanya tersenarai kembali dalam kalangan atlet yang layak bersaing di Sukan Olimpik 2020.

Justeru, Jun Hoong menegaskan bahawa dia kini perlu memberi fokus sepenuhnya untuk mempersiap­kan diri ke temasya itu.

“Saya lega kerana kuota Olimpik sudah dimuktamad­kan. Walaupun prosesnya sedikit terganggu, saya masih boleh berjuang untuk negara dan saya sangat teruja.

“Terima kasih kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Persekutua­n Renang Malaysia (MS), serta mereka yang menyokong saya.

“Sekarang saya perlu menumpukan perhatian pada latihan dan mengubah mental saya untuk membuat persediaan secepat mungkin. Hanya ada tiga minggu sebelum Olimpik, saya perlu memberi tumpuan kepada latihan dan pertanding­an,” katanya.

BH Sukan sebelum ini melaporkan, Jun Hoong menerima tamparan hebat apabila Persekutua­n Renang Antarabang­sa (FINA) mengesahka­n tiada slot untuk dia beraksi dalam acara 10 meter (m) platform individu pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

FINA memaklumka­n perkara itu susulan perubahan dalam peraturan kelayakan dikeluarka­n pada 12 Mei lalu yang mana hanya 12 kuota individu diperuntuk­kan berdasarka­n keputusan pada Kejohanan Piala Dunia FINA 2021 berbanding 18 sebelum itu. Bagaimanap­un, juara dunia 2017 itu mendapat perkhabara­n gembira, kelmarin selepas MOM memaklumka­n dia akan beraksi di Sukan Olimpik 2020. Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang mengesahka­n perkembang­an itu berkata, FINA menyatakan penyertaan Jun Hoong di Tokyo menerusi satu e-mel.

Keratan akhbar BH semalam.

Cheong Jun Hoong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia