Berita Harian

Sindiket terbesar pemalsuan dokumen kerajaan tumpas

Operasi khas imigresen tahan dalang warga Myanmar

- bhnews@bh.com.my Oleh Samadi Ahmad

Putrajaya: Jabatan Imigresen menumpaska­n sindiket terbesar pemalsuan dokumen kerajaan dalam satu operasi khas di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata ia berikutan penahanan seorang lelaki warga Myanmar dikenali sebagai ‘Rockers’ berusia 38 tahun yang juga dalang sindiket pemalsuan pelbagai dokumen kerajaan.

Beliau berkata, tangkapan itu dibuat berdasarka­n risikan dan maklumat selama empat bulan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Jabatan Imigresen.

Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat suspek berada di sekitar kawasan pusat beli-belah Kota Raya, di sini, antara jam 3 hingga 6.45 petang pada Sabtu lalu, dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menyerahka­n pasport.

“Ketika serbuan dibuat, suspek sedang menunggu di dalam kereta. Hasil tangkapan suspek membawa pasukan operasi ke sebuah kondominiu­m mewah di Bandar Tasik Selatan yang dijadikan sebagai markas operasi bagi mengeluark­an dan mencetak pelbagai dokumen palsu,” katanya pada sidang media sindiket pemalsuan dokumen kerajaan di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n pihaknya menemui satu komputer, sembilan mesin pencetak, dua mesin lamina, satu mesin ukiran nombor, tiga papan pemotong, satu mesin pengimbas dan beberapa peralatan lain.

Pelbagai jenis dokumen palsu turut ditemui seperti i-kad palsu, kad Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), pelbagai pasport negara, sijil perkahwina­n serta sijil kelahiran Myanmar, lesen memandu antarabang­sa, pasport asli India, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Khairul Dzaimee berkata, suspek menjalanka­n kegiatan secara bersendiri­an sejak empat tahun lalu dengan menyasarka­n warga Bangladesh dan Myanmar menggunaka­n aplikasi Whatapps, Viber, Wechat dan Telegram untuk mencari pelanggan.

Selain mengeluark­an pelbagai dokumen palsu, katanya, suspek juga mahir menghasilk­an dokumen palsu yang mempunyai ciri keselamata­n yang boleh meraih pendapatan serta hidup mewah dengan pendapatan sehingga RM18,000 sebulan, termasuk menghantar wang ke negara asal berdasarka­n resit ditemui.

Beliau berkata, kadar bayaran dikenakan adalah sebanyak RM300 hingga RM1,000 bagi sekeping pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS); RM100 i-kad palsu; RM200 pakej cap keluar dan masuk pelbagai negara; RM500 pasport pelbagai negara; RM100 kad UNHCR; RM1,000 kad kelahiran warga Myanmar serta sijil perkahwina­n dan RM100 lesen memandu antarabang­sa.

“Imigresen turut merampas wang tunai RM15,300, termasuk sebuah kereta jenis Honda dan motosikal Yamaha.

“Suspek masuk ke negara ini pada 2016 sebagai pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang dan berkahwin dengan rakyat tempatan dari Sarawak,” katanya.

“Suspek disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 55(D) Akta Imigresen 1956/63 dan sabit kesalahan dikenakan denda tidak kurang RM30,000 dan penjara tidak kurang lima tahun tidak lebih 10 tahun, termasuk hukuman sebat tidak lebih enam sebatan.

“Selepas proses undang-undang selesai suspek akan diarah pulang ke negara asal dan disenarai hitam memasuki Malaysia selama-lamanya,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Khairul Dzaimee (dua dari kiri) menunjukka­n sebahagian dokumen palsu yang dirampas dalam operasi khas pada sidang media sindiket pemalsuan dokumen kerajaan di Putrajaya, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Khairul Dzaimee (dua dari kiri) menunjukka­n sebahagian dokumen palsu yang dirampas dalam operasi khas pada sidang media sindiket pemalsuan dokumen kerajaan di Putrajaya, semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Antara barang dirampas dalam operasi khas imigresen.
(Foto BERNAMA) Antara barang dirampas dalam operasi khas imigresen.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia