Berita Harian

Bantu rangsang pasaran saham

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Pakej dapat tambah tunai dalam sistem ekonomi negara zaky@bh.com.my

Bantuan terbaru diumumkan kerajaan di bawah Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) boleh membantu untuk merangsang semula pasaran saham tempatan, kata ahli ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pakej rangsangan sedemikian boleh membantu kerana ia akan menambah tunai dalam sistem ekonomi negara.

“Cuma sekarang ketidakpas­tian yang berlegar adalah bila ekonomi akan dibuka sepenuhnya.

“Ini menjadi batu penghalang utama kepada pertumbuha­n positif pasaran saham, selain kebimbanga­n mengenai landskap politik negara semasa,” katanya kepada BH.

Sementara itu, Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI), Nazarry Rosli, berkata pasaran saham dijangka bertindak balas positif terhadap sebarang pengumuman pakej bantuan baharu.

“PEMULIH juga akan memberi ruang untuk rakyat meneruskan kehidupan dalam keadaan lebih selesa dan dapat membantu menggerakk­an ekonomi negara,” katanya.

Kerajaan semalam mengumumka­n pakej rangsangan PEMULIH membabitka­n keseluruha­n berjumlah RM150 bilion.

PEMULIH bertujuan memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam berdepan penularan wabak COVID-19.

Pakej bantuan terkini yang merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan RM10 bilion memberi tumpuan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatk­an Vaksinasi.

Dalam pada itu, perkembang­an terkini penularan COVID-19 dan lanjutan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) memberi kesan besar kepada pergerakan pasaran saham di Bursa Malaysia semalam.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup hampir ke paras lapan bulan terendah kepada 1,544.71 mata, susut 14.97 mata berbanding ketika ditutup pada Jumaat iaitu 1,559.68 mata.

Bursa Malaysia yang dibuka pada 1,557.46 mata diniagakan pada jajaran 1,539.60 hingga 1,557.58 mata sepanjang daganganny­a semalam.

Perkembang­an kes harian pandemik yang kekal di atas 4,000 dan lanjutan sekatan pergerakan penuh turut memberi kesan ke atas 29 indeks Bursa Malaysia termasuk Penjagaan Kesihatan untuk ditutup lebih rendah.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 976 berbanding 133, sementara 342 kaunter tidak berubah, 786 tidak didagangka­n dan 42 lagi digantung.

Mengulas mengenainy­a, Mohd Afzanizam berkata, buat masa terdekat, kesan kepada pasaran saham adalah negatif berikutan lanjutan berkenaan akan mengakibat­kan aktiviti ekonomi menjadi lembap.

“Namun, sentimen pasaran saham boleh berubah apabila kerajaan melaksanak­an dasar yang boleh membantu memulihkan ekonomi.

“Justeru, untuk tempoh terdekat ini, pasaran saham dijangka akan meruap.

“PPN yang diumumkan baru-baru ini seharusnya dapat membantu peserta pasaran saham dalam membentuk jangkaan terhadap pertumbuha­n melalui indikator ambang yang disenaraik­an.

“Ia termasuk dari segi jumlah kes baharu, penggunaan katil unit rawatan rapi dan kadar pemvaksina­n,” katanya.

Pelabur asing melupuskan RM3.8 bilion bersih ekuiti tempatan dari awal tahun sehingga kini, demikian menurut Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim.

Beliau berkata, ekuiti tempatan yang dilupuskan pelabur asing minggu lalu sehingga RM469.5 juta bersih berbanding RM75.7 juta bersih yang dibeli pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, katanya, untuk Jun hingga kini menyaksika­n jumlah aliran keluar bersih asing sebanyak RM783.6 juta.

“Dengan berbaki tiga hari urus niaga sebelum bulan berakhir, Jun bersedia menjadi bulan 24 berturut-turut penjualan bersih asing di Bursa Malaysia jika pelabur berkenaan terus mengurangk­an pendedahan mereka dalam ekuiti tempatan,” katanya.

Adam berkata, pelupusan mingguan itu adalah aliran keluar asing terbesar tempoh sembilan minggu.

Beliau berkata, pelabur asing menjual RM185.0 juta bersih urus niaga Isnin minggu lalu, bersamaan penurunan 1.1 peratus dalam indeks FBM KLCI pada hari yang sama, penyusutan harian terbesar dilihat sejak 31 Mac 2021.

“Penjualan bersih asing pada Selasa menurun sedikit kepada RM142.2 juta bersih kerana pelabur terus optimis dengan penggabung­an Celcom-digi yang

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd menyaksika­n indeks telekomuni­kasi serta media Bursa Malaysia memperoleh keuntungan terbesar sebanyak 2.3 peratus,” katanya.

Menurut Adam, pelabur asing terus melupuskan ekuiti tempatan untuk hari ketiga berturut-turut pada urus niaga Rabu walaupun pada kadar lebih perlahan sebanyak RM61.8 juta bersih sebelum menjual lebih banyak pada Khamis berjumlah sehingga RM79.8 juta bersih kerana sentimen pada keseluruha­nnya masih terjejas oleh kes harian baharu COVID-19 yang tidak menunjukka­n tanda untuk reda.

“Kebimbanga­n mengenai tekanan inflasi muncul kembali di pasaran selepas dua pegawai Rizab Persekutua­n (Fed) menyatakan tempoh bagi kadar inflasi yang tinggi di Amerika Syarikat (AS) itu akan lebih lama daripada jangkaan, hanya sehari setelah Pengerusi, Jerome Powell meyakinkan bahawa tekanan harga dapat dikawal,” katanya.

Namun, Adam berkata, kadar penjualan bersih asing secara perlahan menurun dengan ketara kepada RM0.7 juta pada urus niaga Jumaat di tengah aktiviti pembelian, selain berita menyatakan Presiden AS, Joe Biden menerima perjanjian mengenai infrastruk­tur dengan sekumpulan senator dwipartisa­n yang boleh membantu melonjakka­n pertumbuha­n ekonomi AS. BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia