Berita Harian

Rakyat Korea Utara sedih Jong Un kian ‘kurus’

-

Penunjuk perasaan berarak dengan membawa obor menentang rampasan kuasa tentera di Yangon.

Anggota bomba memeriksa tempat kejadian selepas letupan di kawasan Moghbazar di Dhaka, Bangladesh.

Kim Jong Un

Seoul: Stesen televisyen Korea Utara semalam menyiarkan komen seorang penduduk negara itu mengenai keadaan Kim Jong Un yang kini ‘kurus kering’, satu situasi yang jarang didedahkan kepada umum mengenai pemimpin negara.

Negara itu sebelum ini melarang sebarang bentuk perbincang­an awam mengenai keadaan kesihatan dan kehidupan peribadi pemimpinny­a.

Penganalis­is percaya situasi yang berlaku itu antara usaha pihak berkuasa menunjukka­n perubahan berat badan Jong Un untuk memperkuku­hkan kesetiaan kepada rejim pada waktu sukar.

Negara miskin yang memiliki senjata nuklear itu turut bergelut dengan COVID-19 dan kini mengakui sedang menangani krisis makanan, amaran kepada sektor pertanian yang sekian lama bergelut menampung permintaan dalam negara.

Pada masa sama, kesihatan Jong Un telah lama diperkatak­an masyarakat antarabang­sa kerana jika berlaku kematianny­a yang mendadak akan menimbulka­n persoalan mengenai penggantia­n dan kestabilan negara itu.

Jong Un yang dikenali sebagai perokok tegar, dikenali seorang pemimpin yang bertubuh gempal dengan berat badannya kelihatan sentiasa meningkat pada beberapa tahun lalu.

Namun, sejak kebelakang­an ini pemimpin itu dilihat mengalami penurunan berat badan dalam beberapa gambar yang dikeluarka­n agensi berita rasmi Pyongyang, KCNA dan di televisyen negara itu.

Sebelum ini, kehidupan peribadi Jong Un tidak didedahkan media negara itu - malah sehingga hari ini, Pyongyang tidak pernah mendedahka­n jumlah sebenar anaknya.

Namun, minggu lalu, KCTV menyiarkan klip seorang penduduk yang tidak disebutkan namanya di ibu kota yang mendakwa semua orang di negara itu ‘patah hati’ melihat keadaan Jong Un yang semakin kurus. AFP

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia