Berita Harian

Sembunyi dalam tandas elak diberkas

-

Kota Bharu: Polis menahan seorang lelaki dia selepas meluru masuk ke sebuah rumah penduduk di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini dan terus bersembuny­i dalam tandas, petang kelmarin.

Terdahulu, suspek terjun daripada motosikal Yamaha 150ZR ditunggang­nya untuk melarikan diri selepas dikejar polis.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata lima anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Daerah (BSPTD) Kota Bharu terserempa­k dengan lelaki itu di persimpang­an lampu isyarat, kira-kira jam 6.30 petang dalam keadaan mencurigak­an.

“Dia berjaya ditahan dan polis menemui sembilan paket lutsinar mengandung­i kira-kira 18 gram syabu, tujuh biji pil eramin 5 dalam satu balutan aluminium dan 214 biji pil kuda dalam satu bungkusan serta serangkai tiub minuman,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Serdang: Seorang remaja lelaki ditahan selepas didapati cuba mengirim bungkusan mengandung­i syabu ke Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu lalu.

Suspek yang berusia 18 tahun ditahan di pejabat sebuah syarikat penghantar­an di Bandar Puteri Puchong, ketika serbuan bersama oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Serdang dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata penganggur berkenaan ditugaskan oleh sindiket pengedaran dadah untuk mengirimka­n satu kotak mengandung­i 20 ketulan kristal dipercayai syabu yang dianggarka­n bernilai RM720,000.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat dua helai baju T putih pada bahagian atas kotak dan di bawahnya terdapat 20 bungkusan bertulis ‘Da Guan Yin’ yang mengandung­i ketulan kristal dadah syabu dianggarka­n berat keseluruha­n 20.4 kilogram (kg).

“Hasil soal siasat juga mendapati suspek berperanan menghantar bungkusan ke destinasi yang diarahkan melalui kurier yang menjadi sasaran pengedaran, iaitu Kota Kinabalu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, polis juga bekerjasam­a dengan Polis Sabah dalam mengesan suspek yang juga penerima kiriman berkenaan, namun alamat yang diberikan didapati tidak wujud.

“Ini juga antara taktik sindiket yang tidak akan memberikan alamat penerima yang tepat bagi mengelak dikesan polis sekiranya proses pengiriman gagal. Namun, mereka (penerima) akan memberikan alamat yang tepat apabila syarikat kurier menghubung­i kembali.

“Dalam kes ini, penerima mungkin sudah mengetahui bahawa bekalan dadah mereka sudah dirampas,” katanya menambah, remaja terbabit direman tujuh hari sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ?? (Foto Zulfadhli Zulkifli/bh) ?? Anbalagan (tengah) menunjukka­n syabu yang dirampas pada sidang media di Serdang, semalam.
(Foto Zulfadhli Zulkifli/bh) Anbalagan (tengah) menunjukka­n syabu yang dirampas pada sidang media di Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia