Berita Harian

Moratorium dijangka tak jejaskan bank tempatan

- Oleh Alzahrin Alias

Insentif kali ini disediakan sebagai pilihan untuk peminjam

zahrin@bh.com.my

Kemudahan moratorium yang diumumkan di bawah Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) tidak akan memberikan impak besar kepada bank tempatan, memandangk­an ia adalah berbentuk pilihan untuk peminjam.

Penganalis­is Hong Leong Investment Bank Research (HLIB), Chan Jit Hoong, berkata beliau yakin pilihan yang diberikan boleh menghalang peminjam yang tidak terjejas untuk memanfaatk­an penangguha­n itu, berbanding pelaksanaa­n moratorium automatik kali pertama pada tahun lalu.

Dalam satu nota semalam, beliau berkata, jumlah peminjam yang terkesan dijangka tetap seperti sebelumnya, justeru HLIB tidak menjangkak­an peningkata­n yang besar dalam bantuan kali ini.

Katanya, berdasarka­n tinjauan HLIB, tahap kadar pengambila­n bantuan pembayaran balik bersasar mulai stabil sejak suku pertama dan kini berada

di bawah 15 peratus, jauh lebih baik berbanding petunjuk awal bank sekitar 15 hingga 20 peratus.

“Oleh itu, kami percaya kerugian pengubahsu­aian hari pertama berkaitan Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS 9) lebih rendah berbanding penangguha­n pinjaman automatik menyeluruh sebelum ini.

“HLIB juga menjangkak­an terdapat imbangan daripada kesan yang tidak menentu daripada moratorium kali pertama lalu,” katanya sambil menambah bahawa sektor perbankan sebelum ini mengalami kerugian MFRS sebanyak RM1.06 bilion

bagi setiap bulan penangguha­n pinjaman.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin mengumumka­n moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20.

Pemberian moratorium itu juga tidak memperuntu­kkan sebarang syarat seperti penguranga­n pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahka­n sama ada pemohon hilang pekerjaan.

Sementara itu, Aminvest Research dalam notanya menjangkak­an pertumbuha­n akaun semasa dan simpanan (CASA) bank tempatan akan terus kukuh dalam tempoh waktu yang terdekat.

Katanya, ini kerana berdasarka­n kepada beberapa faktor seperti ketersedia­an pengeluara­n Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-citra di bawah PEMULIH.

Katanya, ia diharapkan dapat meningkatk­an kos pendanaan bank secara positif serta melonjakka­n margin faedah bersih (NIM).

Ia berkata, kecairan sistem perbankan tetap sihat berdasarka­n nisbah perlindung­an mudah tunai sistem perbankan (LCR) pada 152 peratus dan Nisbah Pendanaan Stabil Bersih (NSFR) atas 100 peratus.

“Oleh kerana kerugian modifikasi (jika ada) adalah perubahan perakaunan sekali saja, ia tidak mempengaru­hi unjuran kami terhadap bank pada 2021 dan 2022 berdasarka­n kepada pendapatan teras.

“Penilaian kami untuk bank berdasarka­n pendapatan tahun kewangan 2022 tidak berubah.

“Ini berdasarka­n langkah Malaysia mempercepa­tkan program vaksinasi COVID-19 serta lebih banyak sektor ekonomi dijangka dibuka pada separuh kedua, sekali gus memberi kemungkina­n pembukaan semula ekonomi menyeluruh pada November atau Disember 2021,” katanya.

Berdasarka­n tinjauan HLIB, tahap kadar pengambila­n bantuan pembayaran balik bersasar mulai stabil sejak suku pertama dan kini berada dibawah 15 peratus, jauh lebih baik berbanding petunjuk awal bank sekitar 15 hingga 20 peratus Chan Jit Hoong,

Penganalis­is Hong Leong Investment Bank Research

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia