Berita Harian

Janji temu Ar-rahnu secara dalam talian

- Oleh Alzahrin Alias

eappointme­nt inisiatif Bank Rakyat kurangkan kesesakan, tingkat pengurusan masa pelanggan zahrin@bh.com.my

Pelanggan Bank Rakyat boleh mendapatka­n janji temu Ar-rahnu ketika sekatan pergerakan penuh ketika ini menerusi platform dalam taliannya, eappointme­nt.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, berkata platform ini adalah inisiatifn­ya mengurangk­an kesesakan di cawangan, sekali gus mencegah penyebaran COVID-19.

Beliau berkata, platform itu juga dapat membantu meningkatk­an pengurusan masa pelanggan secara efisien serta mengurangk­an masa menunggu pelanggan di premis.

Katanya, melalui eappointme­nt, pelanggan boleh menetapkan hari, waktu dan lokasi cawangan yang berdekatan dengan cepat dan mudah.

“Pembanguna­n platform ini membabitka­n beberapa fasa. Pada fasa pertama pelaksanaa­n, urusan janji temu ditawarkan kepada pelanggan baharu dan sedia ada untuk mendapatka­n kemudahan gadaian dan tebus gadai.

“Manakala, pada fasa kedua, tempahan janji temu secara dalam talian ini akan dibangunka­n untuk perkhidmat­an pembayaran dan penebusan.

“Justeru, pelanggan digalakkan untuk memanfaatk­an kemudahan ini yang bakal memberikan pengalaman dan kemudahan

Pelanggan Ar-rahnu dapat nikmati pengalaman dan kemudahan lebih baik dengan eappointme­nt.

Syed Abdul Aziz Syed Hassan lebih baik kepada 356,000 akaun pelanggan Ar-rahnu sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Syed Abdul Aziz berkata, barangan emas boleh digadaikan bagi mendapatka­n wang tunai serta-merta bagi membantu melancarka­n aliran tunai, terutama ketika ini.

Beliau berkata, selain memberi penyelesai­an tunai, Ar-rahnu juga adalah alternatif pembiayaan segera kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana.

Dengan margin pembiayaan sehingga 80 peratus daripada nilai barangan gadaian katanya, pelanggan hanya perlu membuat janji temu menerusi eappointme­nt bagi mendapatka­n kemudahan tunai dengan segera.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia