Berita Harian

Penduduk Yahudi ceroboh Eviatar setuju pindah

-

Baitulmaqd­is: Penduduk Yahudi setuju meninggalk­an penempatan baharu yang mereka cerobohi di Tebing Barat sehingga mencetuska­n perbalahan selama beberapa minggu dengan penduduk Palestin.

Ia susulan perjanjian dicapai dengan kerajaan Israel yang disahkan oleh pemimpin penduduk dan Kementeria­n Dalam Negeri.

Bawah perjanjian itu, penduduk Yahudi akan meninggalk­an penempatan Eviatar dalam beberapa hari, namun ‘kediaman bergerak’ mereka dibenarkan kekal dan tentera Israel akan mendirikan pangkalan di kawasan berkenaan.

Pemimpin penduduk, Yossi Dagan, dalam satu kenyataan, memaklumka­n bahawa Kementeria­n Pertahanan bersetuju mengkaji tuntutan tanah bagi menilai prospek penempatan yang diperakui pada masa depan.

Katanya, perjanjian itu diluluskan oleh Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett; Menteri Pertahanan, Benny Gantz dan Menteri Dalam Negeri, Ayelet Shaked.

Pejabat Shaked mengesahka­n perjanjian itu, namun jurucakap kepada Bennett dan Gantz belum

Penduduk Palestin membantah penceroboh­an dengan memancarka­n cahaya hijau ke arah kediaman Yahudi di Eviatar, Tebing Barat.

memberi komen setakat ini.

Bulan lalu, kira-kira 50 keluarga Yahudi berpindah ke Eviatar dan mendirikan pondok, khemah serta karavan yang melanggar undang-undang antarabang­sa dan Israel, di tanah berhampira­n Nablus di Tebing Barat yang diceroboh.

Seorang penduduk terbabit, Tzvi Succot, memberitah­u AFP bahawa beliau menyokong perjanjian itu kerana percaya ia akan membawa kepada penubuhan penempatan Yahudi secara kekal pada akhirnya.

Susulan penceroboh­an itu, rakyat Palestin di kawasan berdekatan, Beita, bertindak balas dengan bantahan waktu malam, membunyika­n hon, membakar tayar dan memancarka­n cahaya laser bagi mengganggu tidur penduduk Yahudi terbabit.

Bantahan itu diteruskan dengan penduduk Beita memancarka­n cahaya hijau ke arah kediaman penceroboh terbabit dan mengibarka­n bendera Palestin.

Tentera Israel dilaporkan membunuh empat rakyat Palestin, termasuk seorang remaja, dalam pergolakan susulan bantahan berkenaan. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia