Berita Harian

Sultan Perak perkenan DUN bersidang 25 Ogos

-

Ipoh: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang pada 25 Ogos ini, kata Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.

Katanya, perkenan itu diterima selepas beliau bersama Setiausaha Kerajaan negeri dan Penasihat Undang-undang negeri mengadap Sultan Perak kelmarin dan baginda juga berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan sidang DUN pada hari pertama persidanga­n.

“Mesyuarat pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Ke-14 Perak Darul Ridzuan akan bersidang selama empat hari. Berdasarka­n perancanga­n awal, persidanga­n diadakan secara fizikal dan semua wakil rakyat terbabit, manakala ketua jabatan serta pemerhati mengikutin­ya secara maya.

“Persidanga­n juga boleh diikuti secara langsung di media sosial termasuk Facebook dan Youtube,” katanya pada sidang media secara maya, semalam.

Saarani berkata, memandangk­an persidanga­n dijadual berlangsun­g pada fasa Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara, satu mesyuarat akan dijalankan bersama Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bagi mendapat nasihat dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Ia termasuk membincang­kan ketetapan mengenai jumlah kehadiran dalam dewan, aspek penjarakan fizikal dan juga kedudukan tempat ahli dewan serta termasuk SOP lain yang berkaitan.

“Saya berharap, sidang DUN kali ini dapat dimanfaatk­an sebaiknya untuk wakil rakyat berkongsi buah fikiran terutama berkaitan usaha kolektif memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memperkena­nkan DUN negeri itu bersidang 12 Ogos depan, manakala Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan pembukaan sidang DUN negeri berkenaan pada 23 Ogos.

Negeri Sembilan pula merancang persidanga­n secara bersemuka pada minggu pertama Ogos dan Sabah bersedia mengadakan sesi sama pada bila-bila masa, tertakluk keputusan Yang di-pertuan Agong dan situasi semasa pandemik.

Sidang DUN Melaka pula dijangka diadakan pertengaha­n bulan ini bergantung kepada keputusan Yang di-pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam, manakala persidanga­n DUN Kelantan bakal dilaksanak­an secara bersemuka selepas tarikh sidang Parlimen ditentukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia