Berita Harian

Kes saman Parlimen Gombak didengar tahun depan

- Farah Marshita Abdul Patah

Kuala Lumpur: Saman dikemukaka­n 10 pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari sebagai ahli Parlimen kawasan itu akan didengar dalam perbicaraa­n penuh tahun depan.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir selepas menolak permohonan Mohamed Azmin untuk membatalka­n saman itu.

Akhtar juga menolak permohonan pengundi berkenaan untuk memadamkan sebahagian pernyataan pembelaan Mohamed Azmin yang diputuskan melalui prosiding dalam talian semalam.

Peguam, N Yohendra yang mewakili pengundi berkenaan, mengesahka­n perkara itu kepada media melalui pesanan Whatsapp, berkata hakim menetapkan 7, 8, 9 dan 10 Jun 2022 bagi perbicaraa­n kes saman itu, manakala 7 April 2022 ditetapkan untuk pengurusan kes.

“Hakim menolak permohonan Mohamed Azmin dan juga permohonan kami untuk membatalka­n pernyataan pembelaan Ahli Parlimen Gombak itu dengan kos dalam kausa. Hakim berkata kes saman itu perlu dijalankan secara perbicaraa­n penuh,” kata peguam itu.

Pada 12 Mac lalu, Mohamed Azmin memfailkan permohonan untuk membatalka­n saman itu atas alasan ia tidak mendedahka­n kausa tindakan yang munasabah, sebaliknya mengaibkan, bersifat remeh, menyusahka­n atau membawa kepada suatu penyalahgu­naan proses mahkamah serta bertentang­an atau ‘ultra vires’ dengan Perlembaga­an Persekutua­n.

Beliau berpendapa­t tuntutan saman itu melanggar hak asasi defendan, iaitu kebebasan berpersatu­an seperti yang diperuntuk­kan di bawah Perkara 10 Fasal (1) (c) Perlembaga­an Persekutua­n.

Pada 27 Nov tahun lalu, 10 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Gombak itu memfailkan saman terhadap Mohamed Azmin atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabka­n kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari 2020.

Pernyataan tuntutan mereka menyebut semua plaintif berusia lingkungan 36 dan 64 tahun, memohon antara lain pengisytih­aran bahawa Mohamed Azmin selaku Ahli Parlimen Gombak, melanggar kewajipan fidusiarin­ya, menipu serta memungkiri representa­si yang dibuat kepada mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) bagi kawasan berkenaan.

Ahli perniagaan tak mengaku salah dalam kes pertama di Malaysia

Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas lapan tuduhan terbabit aktiviti penstruktu­ran transaksi dan pengubahan wang haram berjumlah RM471,928.20, kes pertama seumpamany­a di negara ini.

Mazni Abu Bakar, 59, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Berdasarka­n pertuduhan pertama hingga keempat, Mazni didakwa dengan niat mengarahka­n pekerjanya menstruktu­r transaksi berjumlah keseluruha­n RM238,575.35.

Ia bagi mengelak kehendak pelaporan seperti peruntukan Seksyen 14(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan

Putrajaya: Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) akan mewujudkan undang-undang khusus atau peraturan mengenai pembabitan pihak ketiga bagi meningkatk­an ketelusan perolehan kerajaan.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Mohd Sallehuddi­n Hassan, berkata pihaknya juga akan menumpukan kepada pelaksanaa­n kajian Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat.

Katanya, itu antara inisiatif di dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang akan diberi tumpuan dan keutamaan pihaknya.

“NACP yang diterbitka­n pada tahun 2019 menggarisk­an 115 inisiatif dan daripada jumlah itu 29 dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613), iaitu ke dalam akaun CIMB, milik Sasrestu Sdn Bhd, nombor akaun 8002410331.

Pendakwaan terhadapny­a dibuat mengikut Seksyen 4A (1) AMLATFPUAA 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4A(2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kelima, Mazni didakwa memindahka­n wang berjumlah keseluruha­n RM47,627.92 hasil aktiviti haram, dari akaun 8002410331 di CIMB Bank Berhad milik syarikat sama ke akaun 3080240235 milik Teakway Industrial Sdn Bhd di Public Bank melalui cek CIMB Bank Berhad.

Dia turut menghadapi tiga tuduhan menggunaka­n wang RM65,000.00 dan RM104,832.80 hasil aktiviti haram bagi pembelian kenderaan mewah Toyota Alphard dan pembayaran cukai kastam milik syarikat Visi Inisiatif Sdn Bhd serta melupuskan wang RM15,892.23 daripada Azizul Fakhri Nordin.

Wanita itu dituduh melakukan semua kesalahan berkenaan di tempat sama, antara 20 Februari dan 18 September 2018 serta didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001, yang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda.

Ketua Pengarah GIACC

Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, menawarkan ikat jamin RM300,000 serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan, menyerahka­n pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Bagaimanap­un, Mazni dalam rayuan menerusi peguamnya, K Theivendra­n, memohon dibenarkan ikat jamin rendah dengan alasan mempunyai tiga anak termasuk anak bongsu yang masih bersekolah, manakala perniagaan kedai cenderamat­a tidak beroperasi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin, selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah, selain menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan semula kes.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mazni hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Mazni hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia