Berita Harian

34 mukim di Selangor, 14 lokaliti di KL kena PKPD

Kadar Rt kembali meningkat melebihi paras ambang 1.0 dua hari berturut-turut

- Oleh Nor Azizah Mokhtar dan Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Kerajaan semalam mengumumka­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) dilaksanak­an di sebahagian besar Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur selama 14 hari bermula esok hingga 16 Julai depan.

Di Selangor, PKPD akan membabitka­n 34 daripada 57 mukim di lapan daripada sembilan daerah di Selangor iaitu daerah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala La ngat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, manakala hanya daerah Sabak Bernam kekal dengan sekatan pergerakan penuh.

Mukim berkenaan adalah Petaling, Damansara, Sungai Buloh, Bukit Raja (daerah Petaling); Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang (daerah Hulu Langat); Dengkil, Labu, Sepang (daerah Sepang); Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang (daerah Gombak).

Kes harian COVID-19 semalam melonjak hampir 7,000 kes apabila 6,988 kes dilaporkan dengan 84 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambaha­n kes berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 758,967 kes.

Katanya, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes baharu semalam dengan 2,885 kes, diikuti Kuala Lumpur (988); Negeri Sembilan (692); Sarawak (544); Melaka (311); Johor (270); Kedah (250) dan Sabah (232).

“Semua negeri mencatatka­n pertambaha­n kes hari ini (semalam) dan hanya Perlis mencatatka­n kes satu digit, iaitu satu kes.

“Pertambaha­n kes hari ini (semalam) menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 di negara ini 65,453 kes.

“Daripada jumlah itu, 917 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 445 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari semalam, terdapat 5,580 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini 688,260 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, trend peningkata­n kes harian COVID-19 di negara ini sejak sembilan hari lalu menyaksika­n kadar kebolehjan­gkitan (Rt) pandemik itu kembali meningkat melebihi paras ambang 1.0 untuk dua hari berturut-turut.

Beliau berkata, Rt mengikut kes harian untuk seluruh negara adalah 1.05 kelmarin, meningkat daripada

1.04 Selasa lalu.

Nilai dicatatkan itu adalah Rt tertinggi dalam tempoh 28 hari selepas mencatatka­n 1.06 pada 3

Jun lalu, sebelum menurun ke paras terendah bulan lalu, 0.90 pada 12 Jun, namun kembali meningkat sejak itu.

Data dikongsi Dr Noor Hisham di Facebook semalam juga menunjukka­n enam negeri mencatat Rt melebihi purata kebangsaan antara 1.07 hingga 1.19 iaitu Pahang (1.19), disusuli Putrajaya (1.09), Melaka (1.09), Perak (1.08), Kuala Lumpur (1.07) dan Negeri Sembilan (1.06).

Selangor mencatat 1.05, sama purata kebangsaan, manakala Rt terendah direkodkan Terengganu dengan 0.67.

Nilai Rt merujuk tahap kebolehjan­gkitan kes COVID-19 iaitu berapa ramai boleh dijangkiti

 ??  ??
 ??  ?? Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia