Berita Harian

Kes kematian di Thailand meningkat 2 hari berturutan

-

Bangkok: Thailand semalam merekodkan 57 kematian akibat COVID-19 iaitu angka kematian tertinggi selama dua hari berturut-turut ketika negara itu berdepan gelombang ketiga coronaviru­s.

Laporan itu dibuat pada hari yang sama Thailand membuka pintu Phuket kepada pelancong asing yang sudah disuntik dos penuh vaksin, tanpa perlu menjalani kuarantin dan bebas bergerak di pulau peranginan itu.

Dalam pada itu, angka kematian terbaru Thailand meningkatk­an jumlah korban akibat COVID-19 kepada 2,080 orang sejak pandemik bermula tahun lalu.

Thailand juga merekodkan 5,533 kes jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruha­n 264,834 kes setakat ini.

Sektor pelanconga­n Thailand mengalami kerugian kira-kira AS$50 bilion (RM208 bilion) pada tahun lalu susulan penurunan ketara kemasukan pelancong asing sehingga 83 peratus, angkara pandemik COVID-19.

Program pembukaan semula pelanconga­n di Phuket tanpa kuarantin juga digelar sebagai ‘Phuket sandbox’, menerima kumpulan pertama 25 pelancong menaiki Etihad Airways tengah hari semalam, yang menjalani proses saringan sejurus mendarat.

Sejumlah 200 pelancong menaiki penerbanga­n dari Israel, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Singapura, dijadualka­n tiba di Phuket, semalam.

Namun, pelanconga­n tanpa kuarantin itu tetap membimbang­kan pelbagai pihak kerana Thailand kini menyaksika­n peningkata­n ketara penularan virus COVID-19 varian alpha and delta.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, yang melancarka­n program ‘Phuket sandbox’ berkata ia menjadi asas untuk pembukaan keseluruha­n sektor pelanconga­n Thailand Oktober ini. AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Petugas kesihatan menyuntik vaksin Sinovac di Semarang, Indonesia.
(Foto AFP) Petugas kesihatan menyuntik vaksin Sinovac di Semarang, Indonesia.
 ?? (Foto EPA) ?? Prayut Chan-o-cha (tengah) memberi taklimat kepada sukarelawa­n kesihatan ketika pelancaran ‘Phuket sandbox’ di Pulau Phuket, Thailand.
(Foto EPA) Prayut Chan-o-cha (tengah) memberi taklimat kepada sukarelawa­n kesihatan ketika pelancaran ‘Phuket sandbox’ di Pulau Phuket, Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia