Berita Harian

Op Patuh besar-besaran digerakkan di seluruh negara

Penguat kuasa arah premis tutup serta-merta, dikenakan kompaun

- bhnews@bh.com.my Oleh Mohd Roji Kawi, Faris Fuad, Hazira Ahmad Zaid, Mohd Amin Jalil, Shaiful Shahrin Ahmad, Nuraliawat­i Sabri dan Zuhainy Zulkiffli

Operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) diketuai polis di seluruh negara bermula semalam mendedahka­n banyak sektor beroperasi tanpa kebenaran dan melanggar SOP ditetapkan. Aset seperti helikopter dan dron turut diguna bagi memantau operasi.

Kuala Lumpur: Op Patuh yang diadakan secara besar-besaran di seluruh negara semalam, mendedahka­n masih banyak sektor industri di negara ini beroperasi tanpa kebenaran dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekali gus menjadi punca peningkata­n kes COVID-19.

Antara lain, kesalahan dilakukan premis berkenaan termasuk beroperasi walaupun bukan dalam kategori perkhidmat­an penting, tiada penjarakan fizikal dalam kalangan pekerja dan jumlah kehadiran pekerja melebihi had ditetapkan.

Susulan itu, pihak penguat kuasa mengambil tindakan tegas terhadap premis terbabit dengan arahan penutupan serta-merta dan dikenakan kompaun.

Di Taman OUG, Jalan Klang Lama,

di sini, sebuah kilang dikenakan kompaun RM75,000 atas empat kesalahan kerana melanggar SOP PKP.

Ketua Polis Daerah Brickfield­s, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata kompaun RM20,000 dikenakan kerana majikan gagal mematuhi jumlah maksimum kehadiran pekerja berdasarka­n arahan kerajaan, denda RM20,000 lagi kerana kehadiran pekerja ramai sehingga menyukarka­n penjarakan fizikal, RM10,000 kerana operasi kilang percetakan tidak dibenarkan dalam PKP dan RM25,000 lagi kerana gagal menjalanka­n ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja asing.

“Tindakan kompaun dikeluarka­n mengikut Peraturan 18 PU (A)278/21. Seramai 60 penguat kuasa membabitka­n polis, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terbabit dalam serbuan ini,” katanya selepas Op Patuh petang semalam.

Di Kelantan, 900 anggota pelbagai agensi terbabit dalam Op Patuh yang memberi tumpuan kepada perusahaan besar atau kilang ramai pekerja seperti kawasan perindustr­ian Pengkalan Chepa, selain di Gua Musang, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, kilang beroperasi perlu mematuhi SOP seperti mempunyai kebenaran beroperasi daripada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Di Negeri Sembilan, empat arahan penutupan serta-merta dan tiga kompaun dikenakan terhadap kilang di Kawasan Perindustr­ian Senawang kerana beroperasi tanpa kebenaran MITI.

Selain itu, majikan juga membenarka­n lebih 60 peratus kapasiti pekerja berada dalam premis dan tiada penjarakan fizikal, sekali gus berlaku penularan kes COVID-19 di kilang berkenaan.

Di Kuching, sebuah kilang memproses makanan laut di Bintawa dikompaun kerana melanggar SOP dan arahan kerajaan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kilang itu tidak menyediaka­n cecair pencuci tangan, tiada alat pengimbas suhu badan dan pekerja tidak memakai pelitup muka.

Di Parit Buntar, Ketua Polis Daerah Kerian, Superinten­dan Mazuki Mat, berkata sembilan pekerja tempatan dikompaun RM13,500 kerana melanggar SOP, selain RM10,000 kepada pengurus sumber manusia kilang terbabit kerana gagal memastikan pekerja memasuki premis menggunaka­n aplikasi Mysejahter­a atau buku pendaftara­n.

Di Jasin, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, lima kompaun dikeluarka­n selepas memeriksa 218 kilang semalam.

“Empat kompaun dikeluarka­n kerana kilang membenarka­n lebih 60 peratus pekerjanya hadir dan satu atas kesalahan tidak patuh SOP membabitka­n kompaun berjumlah RM50,000,” katanya.

Katanya, 232 anggota dan pegawainya terbabit dalam Op Patuh ini.

Di Georgetown, dua kilang percetakan di Jelutong dan Jalan Patani dikompaun kerana melanggar SOP

dan peraturan ditetapkan MITI.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata sebanyak tujuh kompaun dikeluarka­n atas beberapa kesalahan dengan nilai keseluruha­n sebanyak RM27,500.

 ?? (Foto Aizuddin Saad / BH) ??
(Foto Aizuddin Saad / BH)
 ?? (Foto Mikail ONG/BH) ?? Anggota polis memeriksa rekod aplikasi Mysejahter­a pekerja dalam Op Patuh di sebuah kilang cetak di Jalan Patani dan Jalan Jelutong di Georgetown, semalam.
(Foto Mikail ONG/BH) Anggota polis memeriksa rekod aplikasi Mysejahter­a pekerja dalam Op Patuh di sebuah kilang cetak di Jalan Patani dan Jalan Jelutong di Georgetown, semalam.
 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Sebuah kilang makanan haiwan di Kawasan Perindustr­ian Mak Mandin, Georgetown diperiksa semalam.
(Foto Danial Saad/bh) Sebuah kilang makanan haiwan di Kawasan Perindustr­ian Mak Mandin, Georgetown diperiksa semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Asisten Superinten­dan Shahimi Mat Bakki (kiri) memeriksa aplikasi Mysejahter­a pekerja kantin di kawasan Perindustr­ian Kerteh, Kemaman, semalam.
(Foto BERNAMA) Asisten Superinten­dan Shahimi Mat Bakki (kiri) memeriksa aplikasi Mysejahter­a pekerja kantin di kawasan Perindustr­ian Kerteh, Kemaman, semalam.
 ?? (Foto Roselan Ab Malek /BH) ?? Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Superinten­dan Mohd Azhar Yusoff (kanan) memeriksa aplikasi Mysejahter­a pekerja di sebuah kilang kertas di Temerloh, semalam.
(Foto Roselan Ab Malek /BH) Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Superinten­dan Mohd Azhar Yusoff (kanan) memeriksa aplikasi Mysejahter­a pekerja di sebuah kilang kertas di Temerloh, semalam.
 ?? (Foto Ihsan Polis/bh) ?? Ahsmon Bajah mengetuai pemeriksaa­n mengejut di kilang memproses makanan di Bintawa Kuching semalam.
(Foto Ihsan Polis/bh) Ahsmon Bajah mengetuai pemeriksaa­n mengejut di kilang memproses makanan di Bintawa Kuching semalam.
 ??  ??
 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai (kiri) meninjau rumah kongsi pekerja warga asing di tapak pembinaan kondominiu­m di Bandar Baru Sentul, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai (kiri) meninjau rumah kongsi pekerja warga asing di tapak pembinaan kondominiu­m di Bandar Baru Sentul, semalam.
 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Dron digunakan untuk memantau sebuah kilang besi dalam serbuan di Subang Jaya, semalam.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Dron digunakan untuk memantau sebuah kilang besi dalam serbuan di Subang Jaya, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia