Berita Harian

Kelantan benar ibadat korban

-

Kota Bharu: Kelantan membenarka­n ibadat korban dengan mematuhi syarat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata penyembeli­han haiwan korban hendaklah dilaksanak­an di rumah sembelih ruminan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) di Kota Bharu, Machang

dan Pasir Mas.

Katanya, proses sembelihan juga dibenarkan di masjid bandar, jajahan dan mukim dengan kelulusan MAIK.

“Bilangan petugas bagi sembelihan seekor ruminan besar (lembu atau kerbau) tidak melebihi 10 orang, manakala ruminan kecil (kambing atau bebiri) tidak melebihi lima orang.

“Peserta ibadah korban tidak dibenarkan hadir dan mereka hanya perlu mewakilkan kepada penganjur bagi menyempurn­akan akad dan wakalah.

“Selain itu, kanak-kanak 15 tahun ke bawah, petugas berusia 70 tahun ke atas, pesakit berisiko tinggi dan kronik seperti strok, darah tinggi, obesiti, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain tidak dibenarkan hadir,” katanya menerusi kenyataan, di sini semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia