Berita Harian

Gusi berdarah perlu cepat dirawat

Perokok, pesakit kencing manis dan darah tinggi golongan berisiko gigi rosak

- Dr Yuliana Ayob

Tanggapan sesetengah masyarakat gigi akan menjadi longgar pada usia antara 60 hingga 70 tahun adalah salah.

Hakikatnya menerusi penjagaan dan rawatan pergigian yang berkesan ia mampu terus kekal berfungsi dengan baik walaupun pada usia lanjut.

Justeru, penjagaan gigi yang sempurna dapat mengelak pelbagai masalah berkaitan kesihatan oral seperti gusi berdarah dan sebagainya.

Ini kerana sering kali kita mendengar gusi berdarah terjadi kebiasaann­ya ketika memberus gigi.

Adakah gusi berdarah memberi apaapa petanda berkenaan kondisi gusi dan gigi? Adakah ia berbahaya?

Ketua Sektor Pergigian I-medik, Dr Yuliana Ayob, berkata gusi berdarah adalah simptom yang ada kaitannya masalah lain termasuk mulut berbau, gusi bengkak dan menurun sehingga gigi nampak panjang, gigi sensitif dan lain-lain.

Katanya, penyakit gusi berlaku secara berperingk­at dan mungkin ramai tidak sedar sebenarnya ia boleh dicegah dan dirawat.

“Oleh itu, apabila ada gejala awal penyakit gusi seperti pendarahan gusi perlu rawatan segera mengelak bertambah serius,” katanya.

Mudah berdarah

Beliau berkata, pada peringkat awal ia dikenali sebagai gingivitis, iaitu keadaan keradangan boleh dikenal pasti apabila mudah berdarah, gusi merah dan bengkak.

Peringkat lanjut adalah periodonti­tis, iaitu keadaan keradangan berlaku pada gusi dan tisu yang menyokong gigi dikenali sebagai cementum, ligamen periodonta­l dan tulang alveolar.

“Tisu ini boleh musnah dengan banyak menyebabka­n gigi kehilangan tisu yang menyokongn­ya.

“Keadaan ini dikenal pasti melalui gejala seperti gingivitis, namun ia lebih serius kerana gigi semakin longgar, berubah pergerakan dan tidak lagi berfungsi secara normal,” katanya.

Tanda periodonti­tis biasanya bersifat kekal dan tidak kembali normal sedangkan gejala gingivitis adalah sementara dan boleh dirawat.

Golongan berisiko

Katanya, individu yang berpotensi tinggi mendapat sakit gusi ialah perokok, pesakit kencing manis, darah tinggi, ibu mengandung dan yang mengalami tekanan perasaan atau sistem pertahanan imuniti rendah.

Namun, golongan sihat dan muda juga berpotensi menghidapi­nya. Selain itu, keadaan yang dinyatakan bukan punca kepada penyakit gusi, tetapi jika seseorang merokok dan berpenyaki­t tertentu boleh menyebabka­n penyakit gusi menjadi lebih buruk.

Justeru, golongan itu perlu berwaspada kerana risiko menghidap penyakit gusi lebih tinggi.

Punca penyakit gusi

Beliau berkata, bakteria yang berkumpul di poket gusi menjadi plak.

Plak adalah lapisan lembut dan nipis yang melekat pada permukaan gigi, mempunyai berjuta bakteria dan lazimnya terbentuk di celah gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi.

Jika gigi tidak diberus dengan efektif atau mengabaika­n abaikan pemeriksaa­n dan rawatan pergigian secara berkala, bakteria ini menghasilk­an toksin yang boleh merosakkan tisu gusi.

Akhirnya, penyakit gusi seperti gingivitis boleh berlaku diikuti dengan periodonti­tis.

 ??  ??
 ??  ?? Gejala awal penyakit gusi seperti pendarahan gusi perlu rawatan segera.
Gejala awal penyakit gusi seperti pendarahan gusi perlu rawatan segera.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia