Berita Harian

Sarah lambat ‘panas’

Fikir dahulu sebelum muat naik hantaran elak undang kecaman

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Jika diukur dari segi bakat, lagu yang didendangk­an sering mendapat perhatian peminat, penyanyi Sarah Suhairi sepatutnya sudah boleh berdiri sebaris dengan penyanyi popular seangkatan­nya.

Namun, entah di mana silap, kehadiran penyanyi berusia 20 tahun itu bagaikan tenggelam dek kemunculan penyanyi baharu yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Menyorot kembali perjalanan selama empat tahun berada dalam dunia showbiz, Sarah boleh dianggap antara penyanyi yang ‘bersih’ dan tidak pernah terpalit kontrovers­i memualkan.

Apakah disebabkan tiada gosip panas sebagai rencah dalam perjalanan kerjaya seni membuatkan namanya lambat panas berbanding rakan seperjuang­an lain.

Menjawab persoalan diajukan, gadis kelahiran Rawang, Selangor itu mengakui, amaran keluarga membuatkan­nya cuba mengelak daripada melakukan perkara yang boleh mengundang kecaman.

“Sejujurnya, saya sudah mempersiap­kan diri dari segi fizikal dan mental serta terima apa sahaja baik atau buruk sejak awal menceburi bidang seni.

“Sebolehnya saya tidak mahu mewujudkan gosip yang boleh membuatkan diri saya diperkatak­an. Pada awal hasrat saya menceburi bidang seni mendapat tentangan ibu.

“Mungkin sebab saya anak perempuan pertama dalam keluarga membuatkan risau dan tidak mahu kehidupan saya tersasar. Disebabkan itu, saya berusaha mengelak daripada melakukan perkara yang boleh mencetuska­n kontrovers­i demi menjaga maruah keluarga,” katanya kepada HIP.

Sarah ditemui pada sidang media pelancaran single baharu, Andaikan yang diadakan secara virtual, barubaru ini.

Juara program realiti, Big Stage musim pertama itu berkata, pengalaman melihat rakan artis dikecam tanpa belas kasihan berikutan kekhilafan diri dalam media sosial membuatnya sentiasa berhati-hati.

“Dalam situasi pandemik, netizen menjadi begitu sensitif. Mereka duduk di rumah mengadap media sosial dan pada masa sama, memerhatik­an pergerakan artis.

“Justeru, apabila ada sahaja yang tidak kena di mata mereka, pasti akan

menjadi bahan kecaman. Adalah lebih baik jika saya tidak memuat naik hantaran boleh menimbulka­n amarah.

“Apa yang saya belajar, sebelum berkongsi apa-apa, kena fikir apakah reaksi orang lain terhadap hantaran yang dimuat naik kerana setiap orang mempunyai pemikiran atau persepsi berbeza,” ujarnya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Pedih dan Nyawa & Raga itu turut meluahkan rasa syukur kerana bapanya banyak memainkan peranan dalam membentuk personalit­i ketika awal kemunculan dalam arena seni.

“Selama hampir dua tahun ayah menemani saya. Sepanjang tempoh ini, ayah banyak mengajar saya bagaimana mahu berkomunik­asi dengan orang. “Alhamdulil­lah, setakat ini, saya belum pernah terpalit dengan gosip sensasi. Kalau ada pun, hanya sekadar dibandingk­an dengan penyanyi lain.

“Saya harap isu ini tidak lagi ditimbulka­n pada masa akan datang. Kita kena belajar meraikan kepelbagai­an bakat yang ada,” pintanya. Mengulas pembikinan

single Andaikan yang terpilih sebagai lagu runut bunyi drama bersiri, Hatimu Sedingin Salju

yang kini ditayangka­n menerusi slot Akasia,

TV3, penyanyi kecil molek itu berkata, single ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Shah Shamshiri itu dihasilkan, dua tahun lalu.

“Single Andaikan sudah dua tahun dirakamkan, namun saya terpaksa menangguhk­an pelancaran kerana mahu menjadikan­nya sebagai lagu tema drama.

“Apabila single Andaikan dipilih untuk menghiasi drama, secara tidak langsung urusan publisiti menjadi lebih mudah.

“Namun, itu bukan bermakna saya tidak mahu melancarka­n langsung karya ini. Cuma, mungkin bukan dalam tempoh terdekat kerana saya memiliki banyak single lain menanti untuk dikeluarka­n,” ujarnya.

Apa yang menarik, video muzik dirakamkan sendiri di rumah berikutan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an sejak tahun lalu.

“Memandangk­an sedang melalui fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), video muzik lagu ini dirakamkan di rumah dengan bantuan adik. Kelengkapa­n digunakan tidak seperti produksi profesiona­l lain.

“Bagaimanap­un, saya berpuas hati dengan hasilnya,” katanya sambil tertawa.

Sejujurnya, saya sudah mempersiap­kan diri dari segi fizikal dan mental serta terima apa sahaja baik atau buruk sejak awal menceburi bidang seni. Sarah Suhairi

 ??  ?? Sarah bersyukur bapanya memainkan peranan penting dalam membentuk personalit­inya sejak awal kemunculan sebagai penyanyi.
Sarah bersyukur bapanya memainkan peranan penting dalam membentuk personalit­inya sejak awal kemunculan sebagai penyanyi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia