Berita Harian

Kanada guna aset tentera padam kebakaran hutan

-

1,000 penduduk di British Columbia selamatkan diri susulan api merebak cepat

Ottawa: Kanada bersedia menghantar pesawat tenteranya bagi memindahka­n penduduk dan memadamkan kebakaran hutan akibat gelombang panas di barat negara itu.

Menurut pegawai bomba, sekurang-kurangnya 143 kebakaran aktif di wilayah British Columbia dan daripada jumlah itu, 77 kebakaran dikesan meletus dua hari lalu, akibat dipanah petir.

Perdana Menteri, Justin Trudeau, berkata pihaknya sudah berbincang dengan pelbagai pihak berkaitan bagi menangani keperluan kecemasan di wilayah itu, termasuk bercakap dengan Ketua Menteri British Columbia, datuk bandar dan ketua-ketua masyarakat pribumi dalam komuniti mengenai masalah berbangkit.

“Kami akan ke sana untuk membantu,” katanya pada sidang media, kelmarin.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Harjit Sajjan, berkata kerahan aset ketenteraa­n untuk menyertai operasi itu membabitka­n helikopter tentera dan pesawat pengangkut Hercules.

“Tentera Kanada bersiap siaga membantu penduduk,” katanya dalam kenyataan di akaun Twitter.

Difahamkan, seramai 1,000 orang menyelamat­kan diri ekoran kebakaran hutan di British Columbia dan pihak berkuasa sedang menjalanka­n operasi mencari ramai yang hilang.

Penduduk Kampung Lytton yang terletak 250 kilometer (km) di timur laut Vancouver, dipindahka­n sejak malam Rabu lalu akibat kebakaran yang secara tiba-tiba merebak dengan cepat.

Kebakaran berlaku sehari selepas perkampung­an itu merekodkan bacaan suhu tertinggi di Kanada pada Selasa lalu dengan 49.6 darjah celsius.

Terdapat kes kematian dilaporkan di wilayah barat Kanada, namun angka rasmi masih belum disiarkan.

Siasatan masih dijalankan perkhidmat­an koroner British Columbia. AFP

 ??  ?? Gambar dari udara menunjukka­n api marak dalam kebakaran hutan akibat gelombang panas di Wilayah British Colombia, Kanada.
Gambar dari udara menunjukka­n api marak dalam kebakaran hutan akibat gelombang panas di Wilayah British Colombia, Kanada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia