Berita Harian

Tempoh 9 bulan laman dipenuhi aneka bunga

-

Kerja menyemai benih bunga, mencantas batang, daun, membaja dan menyiram air mungkin dilihat sebagai komitmen yang membebanka­n, apatah lagi jika membabitka­n kawasan yang luas.

Namun, bagi peminat bunga ros Jepun, Halimah Yusof, kesibukan mengurus laman rumah pusaka lebih 150 meter persegi itu memberikan terapi minda yang baik.

Hasrat awal menghias laman dengan bunga-bungaan sebagai sebahagian cara menggamit memori dengan ibunya, Allahyarha­m Rahmah Awang, kini memberi ketenangan jiwanya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu, berkata minat menanam bunga dan bercucuk tanam bermula sejak kecil apabila terbiasa membantu ibunya, mengerjaka­n laman rumah pusaka diberi panggilan, Pak Yop Kilang Padi, seawal selepas subuh setiap hari.

Katanya, dulu tapak bersebelah­an rumah pusaka itu dibina kilang padi dimiliki ayahnya, Yusuf Ali, jadi laman rumah sengaja dibiarkan luas bagi mengeringk­an padi.

“Rutin setiap pagi saya dan ibu setiap hari duduk di laman mencabut rumput dan mencantas pokok bunga yang meninggi, selain tanaman terjaga dan tiada rumput.

“Sebab itu juga apabila anak bertanya, apa lagi mahu dibuat selepas kerja pembaikan dan pengubahsu­aian rumah pusaka selesai, saya terus maklumkan mahu penuhkan halaman rumah ini dengan ros Jepun,” kata ibu kepada lima anak itu.

9 bulan tanam bunga

Proses memenuhkan laman Pak Yop Kilang Padi dengan ros Jepun, mengambil masa selama sembilan bulan.

Di peringkat awal, beliau saja yang mengerjaka­n laman itu, memandangk­an suami dan anak-anaknya sibuk dengan pengubahsu­aian rumah pusaka yang sudah lebih 20 tahun tidak dihuni.

"Kebiasaann­ya, dari pagi hing ga tengah hari di laman jadi tempat saya. Kalau naik ke atas rumah sekadar berehat sebentar dan solat," katanya.

“Agak memenatkan, tetapi kekal sihat dan saya kurang jatuh sakit. Kencing manis dan darah tinggi saya semakin stabil.

“Melihat laman dipenuhi ros Jepun berwarna-warni rasa sangat tenang dan seronok,” katanya.

Selain bunga, sekitar kawasan rumahnya juga pokok ditanam pokok pisang, delima, mempelam, jambu bola dan sayur-sayuran seperti cili, kacang panjang, kacang botol serta terung.

 ??  ?? Halimah menghabisk­an masa berjamjam setiap hari membelai dan menguruska­n laman yang ditanam ros Jepun aneka warna.
Halimah menghabisk­an masa berjamjam setiap hari membelai dan menguruska­n laman yang ditanam ros Jepun aneka warna.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia