Berita Harian

Guna strategi ‘gelembung, tutup’ kawal kluster industri

Penggunaan katil di hospital kini melebihi kapasiti 85 peratus

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Luqman Arif Abdul Karim bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Strategi ‘gelembung dan tutup’ wajar dipertimba­ngkan kerajaan bagi membendung penularan jangkitan COVID-19, terutama membabitka­n kawasan industri dan komuniti.

Beberapa pakar kesihatan berpendapa­t, kaedah pengasinga­n industri dan komuniti adalah jalan terbaik bagi mengelak penutupan kilang atau industri kerana ia boleh memberi kesan terhadap sosioekono­mi.

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, berkata ini kerana statistik semasa menunjukka­n sektor perkilanga­n, pembuatan, pembinaan dan pengeluara­n menjadi penyumbang utama kepada kewujudan kluster sehingga mencetuska­n kluster atau penularan secara sporadik dalam kalangan komuniti.

Malah, katanya sektor berisiko itu turut menyaksika­n 60 peratus penularan jangkitan COVID-19 setakat ini meliputi warga asing, manakala selebihnya terdiri daripada rakyat tempatan.

“Pendekatan ‘gelembung dan tutup’ ini dapat bantu pihak berkuasa memantau dan menyekat penularan jangkitan dari kawasan kilang atau industri ke dalam komuniti, yang ketika ini kita klasifikas­ikan sebagai sporadik.

Pendekatan ‘gelembung dan tutup’ dapat membantu pihak berkuasa memantau dan menyekat penularan jangkitan dari kawasan kilang atau industri ke dalam komuniti Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, Pakar virologi

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan (KKM) memutuskan empat langkah afirmatif akan dilaksanak­an segera bagi mengatasi lonjakan tinggi pesakit COVID-19 di Lembah Klang, khususnya Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata penggunaan katil secara keseluruha­n di hospital sekitar Lembah Klang kini sudah melebihi kapasiti 85 peratus dengan HKL menerima antara 60 hingga 70 pesakit COVID-19 setiap hari.

“Purata pesakit adalah tiga dalam kategori empat dan kategori lima yang memerlukan bantuan pernafasan, manakala pesakit kategori lima perlu dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“Daripada keseluruha­n kes COVID-19 dikendalik­an HKL, 71 peratus adalah pesakit kategori tiga hingga lima, manakala baki pesakit kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, langkah afirmatif diputuskan bagi mengatasi isu keperluan penyediaan katil tambahan khususnya di ICU, antaranya memperluas­kan penyumberl­uaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta bagi membolehka­n HKL menerima dan merawat lebih ramai pesakit COVID-19.

Selain itu, kapasiti katil ICU dan bukan ICU, termasuk peralatan dan kemudahan seperti alat bantuan pernafasan akan ditingkatk­an di hospital KKM dan hospital pengajar universiti bagi menerima dan merawat lebih ramai pesakit COVID-19.

“Penugasan semula secara sementara akan dilaksanak­an kepada petugas kesihatan terdiri daripada pakar perubatan dan anggota paramedik dari negeri tertentu bagi menyokong perkhidmat­an di hospital KKM dan hospital pengajar universiti yang perlu petugas tambahan bagi merawat pesakit COVID-19.

“KKM juga akan mengoptimu­mkan sumbangan sukarelawa­n dan pelajar kejururawa­tan tahun akhir dari institut latihan KKM yang sedang menjalani latihan praktikal yang akan divaksin dahulu bagi membantu petugas kesihatan sedia ada seperti di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Sebahagian jururawat berpengala­man yang ditugaskan di PPV dan Pusat Saringan COVID-19 akan ditugaskan semula bagi menyokong penyampaia­n perkhidmat­an di hospital KKM,” katanya.

Dr Adham berkata, HKL yang berstatus hibrid, iaitu menerima pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19, sudah berusaha menangani jumlah kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ke Jabatan Kecemasan dan Trauma menerusi penyediaan dan penggunaan katil tambahan.

Selain itu, katanya, pesakit COVID-19 yang stabil akan dipindahka­n ke Hospital Rehabiliti­asi Cheras dan Institut Perubatan Respirator­i bagi membolehka­n HKL menerima dan merawat segera pesakit COVID-19 lain.

“Peningkata­n jumlah kedatangan atau rujukan pesakit COVID-19 ke hospital KKM di Lembah Klang juga ditangani dengan kerjasama Hospital Sungai Buloh serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS, yang turut mengendali­kan sementara pesakit hingga kategori empat sebelum dipindahka­n ke hospital.

“KKM juga bekerjasam­a dengan Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM), Hospital Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19,” katanya.

Beliau memberi jaminan kerajaan akan menggandak­an pemberian vaksin kepada 300,000 dos sehari menerusi tambahan perolehan vaksin dan pembukaan lebih banyak PPV, termasuk PPV Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sultan Ismail di Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor.

Langkah afirmatif diputuskan bagi mengatasi isu keperluan katil tambahan khususnya di ICU, antaranya perluaskan penyumberl­uaran pesakit bukan COVID-19

ke hospital swasta Dr Adham Baba,

Menteri Kesihatan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia