Berita Harian

6,045 kes baharu, 63 lagi kematian

Semua negeri catat pertambaha­n jangkitan kecuali Perlis

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Sebanyak 63 kes kematian pesakit COVID-19 dicatatkan semalam yang turut menyaksika­n 6,045 jangkitan baharu direkodkan.

Daripada jumlah kematian membabitka­n 54 warganegar­a dan sembilan warga asing berusia 13 hingga 94 tahun itu, Selangor mencatat 25 kes, Negeri Sembilan (15), Kuala Lumpur (10), Johor (3), Kedah (3), Pulau Pinang (2), Pahang (2), Sarawak (1), Terengganu (1) dan Melaka (1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jangkitan baharu termasuk 2,262 kes di Selangor, menjadikan keseluruha­n kes COVID-19 di negara ini sebanyak 778,652 kes.

Katanya, jangkitan baharu di Kuala Lumpur 616 kes, Negeri Sembilan (531), Johor (500), Perak (384), Sarawak (365), Kedah (332), Melaka (290), Sabah (228), Pulau Pinang (173), Kelantan (124), Pahang (95), Labuan (75), Terengganu (54) dan Putrajaya (16).

“Hanya Perlis tidak melaporkan pertambaha­n kes baharu. Pertambaha­n ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 67,669 kes,” katanya, semalam.

Beliau juga memaklumka­n, 917 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 443 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 17 kluster baharu dikesan semalam, iaitu 11 di tempat kerja, lima dalam kalangan komuniti serta satu membabitka­n kumpulan berisiko tinggi.

Kluster tempat kerja membabitka­n pekerja sektor perkilanga­n, perlombong­an, syarikat perkhidmat­an, institusi awam dan stesen minyak, dikenali Kluster Bahtera Darat, Kluster Industri Parit Hulu, Kluster Jalan Wira Lapan, Kluster Industri Parit Jamil dan Kluster Jalan Perindustr­ian Agas 11.

Turut dikesan, Kluster Industri Bypass Gebeng, Kluster Kilometer 22 Jalan Gambang, Kluster Industri Jalan Bangi Lama, Kluster 35 Bintulu dan Kluster Pangkalan Batu.

Kluster dalam kalangan komuniti pula dikenali Kluster Lorong Empat Sekinchan, Kluster Sungai Pelepak, Kluster Gong Pasir, Kluster Sungai Entajum dan Kluster Kampung Jeram Perdah, manakala kluster kumpulan berisiko tinggi ialah Kluster Persiaran Kempas Jernih.

Mengenai kes sembuh, beliau berkata, sehingga tengah hari semalam, ada 5,271 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruha­n pesakit pulih daripada COVID-19 sebanyak 705,486 kes.

17 kluster baharu dikesan, iaitu 11 di tempat kerja, lima dalam kalangan komuniti serta satu membabitka­n kumpulan berisiko tinggi Dr Noor Hisham Abdullah,

Ketua Pengarah Kesihatan

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Pegawai kesihatan membuat ujian calitan COVID-19 di Kampung Muslim, Labuan, semalam.
(Foto BERNAMA) Pegawai kesihatan membuat ujian calitan COVID-19 di Kampung Muslim, Labuan, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia