Berita Harian

Pantau bekalan durian, elak harga terlalu tinggi

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi, Nor Fazlina Abdul Rahim, Mohd Amin Jalil, Noor Atiqah Sulaiman dan Zuliaty Zulkiffli

Elak pemborong, orang tengah, ambil kesempatan permintaan tinggi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n dan agensi yang bertanggun­gjawab digesa memantau kestabilan pengeluara­n dan pembekalan durian di pasaran tempatan bagi memastikan harga hasil kebun itu tidak naik keterlalua­n.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata langkah itu perlu bagi mengelak pemborong atau orang tengah menentukan harga sesuka hati, mengambil kesempatan permintaan tinggi terhadap ‘raja buah’ itu ketika ini.

“Permintaan tinggi tidak seharusnya digunakan sebagai alasan untuk menaikkan harga sehingga membebanka­n pengguna. Kita tahu, harga durian akan turun apabila musim puncak dan pada awal musim, kebiasaann­ya harga tinggi disebabkan pengeluara­n terhad.

“Oleh kerana bekalan durian ini mengikut musim, perlu ada keseimbang­an dari harga ketika awal musim dan puncaknya,” katanya menambah, kawalan harga sukar dibuat kerana durian bukan barang keperluan dan pemasarann­ya tertakluk pada musim, bukan semata-mata permintaan dan penawaran.

“Saya rasa isu harga tidak perlu sampai KPDNHEP (Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) laksana kawalan harga kerana pengeluara­n durian adalah mengikut musim.

“Bagaimanap­un, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) mungkin boleh bantu dari segi memperluas­kan bekalan di semua tempat, tidak kira di kawasan penjaja atau pasar raya. Jadi, harganya akan terkawal, malah boleh turun lagi,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, harga durian di pasaran ditentukan jenis buah dengan ‘Musang King’ dan ‘duri hitam’ dijual mahal berikutan bekalannya sangat terhad dan tidak semua negeri mempunyai ladang durian jenis berkenaan.

“Berbeza dengan durian kampung atau lain-lain yang dilihat harganya masih mampu beli dan boleh diperoleh di banyak tempat serta gerai di tepi jalan. Saya percaya apabila tiba kemuncak musimnya nanti, harga akan jatuh,” katanya.

Minggu lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Mohamad Mustahapa Awang, dilaporkan berkata, ketika ini harga runcit purata durian ‘duri hitam’ adalah RM86 sekilogram, diikuti durian ‘Musang King’, RM61.65 sekilogram.

Sehingga Jun lalu, katanya, durian ‘udang merah’ berada di tempat ketiga dengan harga purata RM40.50 sekilogram, diikuti ‘IOI’ (RM33.95), ‘D24’ (RM32.80) dan durian kampung, RM17.60 sekilogram.

Di Putrajaya, pengguna, Azlimi Ayub @ Abdullah, 40, berkata disebabkan harga durian yang mahal, dia terpaksa meninjau beberapa tempat terlebih dahulu sebelum membelinya jika harga yang ditetapkan lebih murah.

“Disebabkan durian tiada harga tetap, terpaksa tengok dulu di beberapa tempat, murah baru beli. Paling murah pun durian kampung, antara RM10 hingga RM18 sekilogram. Durian gred lebih tinggi seperti ‘Musang King’, ‘udang merah’ atau ‘D24’, paling murah pun RM30 hingga RM60.

“Jadi, kena fikir banyak kali sebelum beli. Jika harganya terlampau tinggi, terutama ketika musim

Timbalan Presiden Gabungan Persatuanp­ersatuan Pengguna Malaysia

pandemik ini, duit yang ada itu lebih baik beli barang dapur,” katanya kepada BH.

Selain itu, Ahmad Kamal Abdul Jalil, 55, berkata ada peniaga memaklumka­n harga durian yang diambil pemborong sudah mahal sebelum dijual kepada pembeli.

Di Seremban, pekerja kilang, Mohd Rosi Che Ghani, 38, berkata harga durian dijual di sekitar tempat tinggalnya di Senawang ketika ini munasabah dan tidak tinggi seperti dilaporkan di sesetengah tempat lain.

“Saya sudah lima kali beli durian daripada beberapa penjual berbeza dan mendapati harga ditetapkan tidak membebanka­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia