Berita Harian

Syor program vaksin anak seni

- Oleh Zaidi Mohamad

Shahruleza­d cadang FINAS guna dana lancar inisiatif imunisasi penggerak industri kreatif

zaidim@bh.com.my

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) disaran melancarka­n program vaksin COVID-19 untuk penggiat seni sebagai persediaan pembukaan semula industri kreatif menjelang fasa ketiga atau keempat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perbadanan itu juga disaran menggunaka­n peruntukan RM100 juta yang diumumkan kerajaan untuk sektor seni kreatif pada pembentang­an Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membeli vaksin COVID-19 agar penggerak seni dapat kembali bekerja dengan selamat, sebaik kebenaran diberi Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Pemilik Syarikat Radius One, Shahruleza­d Mohameddin, berkata ada baiknya soal proses imunisasi dan suntikan vaksin COVID-19 kepada penggiat seni diberi keutamaan ketika industri kreatif termasuk aktiviti penggambar­an dihentikan sekarang.

“Saya harap sebahagian daripada peruntukan RM100 juta yang diumumkan kerajaan baru-baru ini mungkin boleh digunakan untuk membeli vaksin kepada penggiat seni, selain keperluan tertentu.

“Atau mungkin boleh bekerjasam­a dengan syarikat produksi dan penerbit bagi menyerap kos jika difikirkan terlalu besar belanja yang diperlukan.

“Jadi, sementara tidak boleh melakukan penggambar­an, saya sarankan FINAS melancarka­n program vaksin COVID-19 khusus untuk penggiat seni dengan kerjasama Kementeria­n Kesihatan,” katanya kepada HIP.

Sebelum ini, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid mengumumka­n ibu pejabat perbadanan itu di Hulu Kelang, Selangor bakal dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi menyokong program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam kalangan penggiat industri seni kreatif.

Zakaria dilaporkan berkata, inisiatif pemberian vaksinasi bagi membina imunisasi dianggap seiring langkah membolehka­n penggiat seni kreatif bekerja dengan selamat. Usaha itu juga bagi mempercepa­tkan matlamat kerajaan mencapai imuniti kelompok.

Tambahnya, kertas kerja cadangan menjadikan Kompleks FINAS di Hulu Kelang sebagai PPV sudah dibentangk­an Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, baru-baru ini.

Shahruleza­d yang juga pengarah drama rantaian Nur memberi cadangan itu sebagai persediaan andai sektor seni kreatif dibenarkan beroperasi semula pada fasa ketiga atau keempat PPN.

“Saya takut apabila (industri seni kreatif) dibuka, MKN umumkan syarat baharu penggiat seni diwajibkan mendapat suntikan vaksin COVID-19 sebelum memasuki set penggambar­an.

“Detik itulah warga seni kelam

Pemilik Syarikat Radius One kabut. Hakikatnya, ketika ini, ramai penggiat seni yang resah menunggu giliran mendapat suntikan vaksin.

“Jika FINAS beli sendiri vaksin untuk anak seni, keadaan jadi lebih mudah. Malah, jika 70 hingga 80 peratus warga seni sudah mendapat suntikan vaksin, mungkin kita boleh meminta kebenaran kerajaan untuk bekerja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia