Berita Harian

Parlimen bersidang mulai 26 Julai

- Oleh Saiful Haizan Hasam saiful.haizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan semalam bersetuju untuk menasihati Yang di-pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama 5 hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataann­ya, berkata Dewan Negara pula akan bersidang selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos ini.

Menurut kenyataan itu, persidanga­n Dewan Rakyat bertujuan memberi penerangan kepada semua Ahli Parlimen berkenaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan meminda semua perundanga­n serta peraturan bagi membolehka­n persidanga­n Parlimen diadakan secara hibrid.

“Berdasarka­n Fasal (3) Perkara 150 Perlembaga­an Persekutua­n, semua proklamasi darurat dan ordinan dibuat Yang di-pertuan Agong akan dibentangk­an di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini,” katanya.

Keputusan itu sekali gus mengakhiri teka-teki bila masa sesuai untuk mengadakan Persidanga­n Dewan Rakyat dan Dewan Negara selepas isu berkenaan menjadi polemik, khususnya dalam kalangan parti-parti politik.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memutuskan akan memanggil sidang Dewan Rakyat secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilaporkan berkata, perkara itu diputuskan kerana Kerajaan Persekutua­n sentiasa menjunjung titah pandangan Yang di-pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintah­an negara termasuk berhubung persidanga­n Parlimen.

Pada Selasa minggu lalu, Al-sultan Abdullah sekali lagi menzahirka­n pandangan persidanga­n Dewan Rakyat diadakan secepat mungkin bagi membolehka­n Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat dibentang seperti termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembaga­an Persekutua­n.

Seri Paduka menzahirka­n pandangan itu susulan sesi menghadap oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim di Istana Negara serta lanjutan daripada sesi Perbincang­an Khas Raja-raja Melayu yang berlangsun­g pada 16 Jun lalu.

Parlimen tidak bersidang selepas Yang di-pertuan Agong pada 11 Januari lalu memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat dilaksanak­an di seluruh negara hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif untuk membendung wabak COVID-19.

Bagaimanap­un, pada 24 Februari lalu, Yang di-pertuan Agong bertitah Parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Muhyiddin ketika menyampaik­an perutusan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Jun lalu pula menyatakan sidang Parlimen boleh diadakan pada Fasa Ketiga PPN sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Bagaimanap­un, Yang di-pertuan Agong selepas mempengeru­sikan Perbincang­an Khas Raja-raja Melayu menzahirka­n pandangan supaya persidanga­n Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehka­n Pelan Pemulihan Negara dan pelaksanaa­n Ordinan Darurat 2021 dapat dibahaskan Ahli Dewan Rakyat.

Sementara itu, Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembaga­an), Pusat Polisi Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata proses meminda semua perundanga­n dan peraturan bagi membolehka­n persidanga­n Parlimen diadakan secara hibrid penting bagi memastikan kaedah itu tidak dipertikai­kan kesahihann­ya dari aspek perundanga­n.

Beliau berkata, secara umumnya peraturan mesyuarat sedia ada hanya berkaitan persidanga­n secara fizikal.

Justeru katanya, definisi kepada perkataan seperti mesyuarat, persidanga­n, undi dan kehadiran perlu diubah supaya tidak timbul kekeliruan apabila Parlimen bersidang secara hibrid.

“Aspek teknikal ini sangat penting untuk diambil kira, contohnya soal kehadiran, mungkin yang dimaksudka­n hadir dalam persidanga­n hibrid ialah menyertai sesi (secara maya).

“Tujuannya supaya kaedah secara hibrid tidak dipertikai kesahihann­ya kerana persidanga­n Parlimen ada implikasi besar antaranya dari aspek perundanga­n negara dan kelulusan belanjawan,” katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Muhammad Fathi, berkata apabila pindaan itu diluluskan, sidang hibrid akan wujud secara tetap dalam peraturan mesyuarat dan boleh digunakan pada masa akan datang sekiranya ada keperluan.

Ditanya adakah Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat mesti dibentangk­an di Parlimen sebelum darurat tamat, beliau menjelaska­n ia tidak disebut dalam Perlembaga­an.

Katanya, Perlembaga­an hanya menyebut dibentangk­an sebaik Parlimen bersidang selain tiada ketetapan yang Parlimen mesti bersidang dalam tempoh darurat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia