Berita Harian

18 ditahan kes majukan kebun durian di tanah hutan simpan kekal di Raub

-

Kuantan: Seramai 18 pekebun, termasuk seorang wanita yang ditahan kerana disyaki menceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub, bagi penanaman durian Musang King direman dua hari, bermula semalam.

Perintah reman itu dibuat Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Raub, Yusri Wanu Suki, pagi semalam.

Peguam, Chan Yen Hui, yang mewakili pekebun berkenaan, berkata Jabatan Perhutanan Negeri Pa- hang (JPNP) diwakili pegawai penyiasat, Asmadi Mohd pada awalnya meminta perintah reman selama empat hari di atas beberapa sebab, termasuk pegawai memerlukan lebih masa untuk merekod kenyataan daripada kumpulan pekebun berusia 17 hingga 60 tahun itu.

“Bagaimanap­un, kami berpandang­an, tangkapan dibuat pada jam 1.30 tengah hari semalam (kelmarin) dan pihak berkuasa sepatutnya ada masa mencukupi bagi merekod kenyataan.

“Selepas mendengar penghujaha­n kedua-dua pihak, mahkamah bersetuju membenarka­n perintah reman selama dua hari sehingga tengah malam esok (hari ini),” katanya.

Dua lagi peguam yang mewakili kumpulan pekebun terbabit adalah Samantha Chong Yin Xin dan Collin Arvind Andrew.

Sementara itu, Yin Xin berkata, pihak pembelaan berpendapa­t pekebun berkenaan tidak perlu ditempatka­n di lokap memandangk­an polis yang membuat penyiasata­n mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, sudah membebaska­n mereka dengan jaminan polis.

“Seksyen 186 membabitka­n kesalahan lebih serius, tetapi pekebun diberi ikat jamin polis dan mereka juga tidak meminta penahanan reman. Melihat kes ini, reman mengikut Akta Perhutanan Negara 1984, tidak sepatutnya dibenarkan.

“Pekebun juga bersedia memberi kerjasama penuh sepanjang penyiasata­n dan sanggup ke balai polis apabila diperlukan,” katanya.

Yang turut hadir di kompleks mahkamah, termasuk Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Laporan sebelum ini menyebut 18 individu dipercayai pekebun durian haram yang menanam Musang King, ditahan kerana disyaki menceroboh HSK Batu Talam di Raub, kelmarin.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984, berikutan tindakan memasuki hutan simpan tanpa kebenaran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, pula berkata pekebun berkenaan, termasuk seorang wanita ditahan kelmarin.

“Mereka mulanya disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas dan Seksyen 427 kerana menyebabka­n kerosakan, kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

“Bagaimanap­un, JPNP sudah memulakan siasatan berikutan tindakan memasuki hutan simpan dan mereka direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Sekretaria­t Gerakan Pembela Ummah Raub (UMMAH Raub), Mohd Shahrizan Md Esa, berkata kerajaan Pahang perlu terus konsisten dan bertegas berhubung isu penceroboh­an tanah haram HSK Batu Talam, Raub.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga diharap tidak berganjak, walaupun berdepan tekanan dan provokasi melampau pihak berkaitan.

 ??  ??
 ?? (Foto ihsan JPNP) ?? Sebahagian pekebun dibawa ke Mahkamah Raub, semalam.
(Foto ihsan JPNP) Sebahagian pekebun dibawa ke Mahkamah Raub, semalam.
 ??  ?? Mohd Yusri Othman
Mohd Yusri Othman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia