Berita Harian

Ramai pesakit kritikal COVID-19 di Lembah Klang tiada katil di wad

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan (KKM) mengakui masih ramai pesakit kritikal COVID-19 di Lembah Klang tidak dapat ditempatka­n dalam wad atau Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana kesesakan dan kekurangan katil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit yang tidak dapat ditempatka­n dalam wad ketika ini terpaksa diletakkan dalam Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital.

Beliau berkata, nasib sama turut ditempuh pesakit COVID-19 kategori 3 dan 4 yang memerlukan bantuan oksigen, tetapi hanya diberi rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

“Jumlah pesakit COVID-19, termasuk yang disyaki atau berkemungk­inan dijangkiti virus berkenaan masih tinggi dan tidak menunjukka­n penurunan, khususnya sekitar Lembah Klang.

“Sehingga kini, 1,224 pesakit COVID-19, termasuk individu yang disyaki dan berkemungk­inan dijangkiti virus itu sudah dimasukkan ke dalam ICU.

“Daripada jumlah itu, lebih separuh atau 567 pesakit berada di Lembah Klang, iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Bagaimanap­un, masih ramai pesakit kritikal tidak dapat dimasukkan ke dalam wad,” katanya menerusi Facebook, semalam.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham berkata, beberapa langkah sudah diambil KKM bagi mengatasi masalah berkenaan seperti meningkatk­an kapasiti Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi merawat pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5.

Selain itu, HKL juga turut membuat penyumber luaran

(outsourcin­g) dengan merujuk pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta yang berdekatan.

“Kita turut memperting­katkan kapasiti merawat pesakit COVID-19 di Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) serta menjadikan Hospital Ampang sebagai hospital COVID-19 sepenuhnya seperti Hospital Sungai Buloh mulai 30 Jun lalu,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, ketika ini 17 hospital digunakan yang merawat pesakit COVID-19 di sekitar Lembah Klang.

Selain hospital dinyatakan, Dr Noor Hisham berkata, turut membantu merawat pesakit COVID-19 ialah Hospital Kajang, Hospital Banting, Hospital Shah Alam, Hospital Serdang dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Enam hospital lagi ialah Hospital Universiti Teknologi Mara (UITM), Hospital Rehabilita­si Cheras, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Canselor Tunku Mukhriz UKM dan Hospital Putrajaya.

Dalam pada itu, menerusi status yang sama Dr Noor Hisham turut berdoa supaya wabak COVID-19 akan berakhir segera dan berharap masyarakat terus diberi kekuatan untuk melawan virus berkenaan.

 ?? (Foto ihsan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) ?? Petugas kesihatan terpaksa merawat pesakit COVID-19 di Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Sungai Buloh disebabkan kekurangan katil di wad dan Unit Rawatan Rapi di hospital sekitar Lembah Klang.
(Foto ihsan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) Petugas kesihatan terpaksa merawat pesakit COVID-19 di Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Sungai Buloh disebabkan kekurangan katil di wad dan Unit Rawatan Rapi di hospital sekitar Lembah Klang.
 ?? (Foto ihsan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) ?? Gambar posting Facebook Dr Noor Hisham menunjukka­n kerja rawatan oleh Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sungai Buloh.
(Foto ihsan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) Gambar posting Facebook Dr Noor Hisham menunjukka­n kerja rawatan oleh Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sungai Buloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia