Berita Harian

Malaysia terima 6,429,150 dos vaksin Pfizer bulan ini

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Muhammad Yusri Muzamir

Negara turut terima lebihan bekalan Sinovac sekali gus tingkat kadar vaksinasi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia dijadual menerima 6,429,150 dos vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-biontech melalui perolehan terus oleh kerajaan dan sumbangan Amerika Syarikat (AS), bulan ini.

Ia masing-masing sebanyak 5,428,800 dos melalui perolehan terus Kerajaan Malaysia, manakala 1,000,350 daripada Kerajaan AS.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata bekalan dos daripada Kerajaan AS itu sudah diterima pagi semalam.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaaa­n (PICK) berkata, Malaysia juga akan menerima keseluruha­n lebihan bekalan vaksin Sinovac, melengkapk­an jumlah tempahan sebanyak 12 juta dos, bulan ini.

“Bagi Astrazenec­a, selain satu juta dos sumbangan kerajaan yang diterima Jumaat lalu, kita sudah menerima sebanyak 586,700 dos melalui perolehan Kerajaan Malaysia.

“Pada Ogos dan bulan seterusnya, vaksin akan digunakan di bawah PICK adalah Pfizer dan Astrazenec­a, tidak termasuk Cansino yang belum diterima tarikh penghantar­an.

“Kita juga akan menerima satu lagi sumbangan 500,000 dos vaksin keluaran Sinovac daripada Kerajaan China yang akan tiba pada pertengaha­n bulan ini, sekali gus terus meningkatk­an kapasiti dan kadar vaksinasi PICK,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19

Menteri Penyelaras PICK (CITF) yang dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, secara maya, semalam.

Khairy berkata, kerajaan sudah memulakan program pemberian vaksin COVID-19 kepada pelajar berusia bawah 18 tahun yang akan melanjutka­n pelajaran ke luar negara, secara bersyarat.

Sehingga minggu ini, katanya, sebanyak 8,615 janji temu sudah diberikan bagi permohonan awal untuk kategori pelajar ingin menyambung pengajian ke luar negara.

“Untuk golongan ini, vaksinasi masih boleh diberikan jika mereka mencecah usia 18 tahun pada tahun ini.

“Satu syarat lain yang perlu dipenuhi adalah ibu bapa atau penjaga mereka perlu menandatan­gani surat perakuan kebenaran bagi tujuan ini,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, Malaysia sudah meminta pengeluar vaksin Astrazenec­aoxford untuk memaklumka­n kepada Kesatuan Eropah (EU) bahawa semua fasiliti yang mengilangk­an vaksin itu menggunaka­n formulasi sama.

Beliau berkata, ia susulan keputusan Agensi Perubatan Eropah (EMA) yang tidak mengiktira­f vaksin keluaran Astrazenec­a-oxford dikilangka­n di Korea Selatan, Thailand dan Jepun.

Katanya, berikutan itu tiada alasan untuk EMA mendiskrim­inasikan vaksin keluaran fasiliti yang berbeza.

“Mereka juga perlu memaklumka­n semua fasiliti ini mengamalka­n Amalan Pengilanga­n Baik (GMP).

“Berikutan itu, tiada alasan untuk EU mendiskrim­inasikan antara satu fasiliti Astrazenec­aoxford dengan fasiliti lain. Saya sudah meminta mereka menimbulka­n perkara ini kepada EU,” katanya.

Khairy berkata, pihaknya akan mendapatka­n penjelasan terperinci daripada EU membabitka­n dasar imigresen kesatuan itu berhubung pemberian vaksin keluaran fasiliti yang tidak diiktiraf EMA ketika ini.

Katanya, beliau akan berbincang perkara itu dengan Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia