Berita Harian

Kompaun RM2.66 juta dikeluar sepanjang tempoh PKP

-

Kuantan: Sebanyak RM2.66 juta kompaun dikeluarka­n Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sepanjang tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula 1 Jun sehingga Sabtu lalu.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam, berkata jumlah kompaun itu membabitka­n 496 kes yang dikenakan ke atas syarikat dan individu.

Katanya, tindakan penguatkua­saan itu hasil pemeriksaa­n di 57,761 premis di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.

“KPDNHEP antara agensi diberi kuasa bagi menguatkua­sakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Justeru, tindakan tegas akan diambil termasuk mengenakan kompaun ke atas mana-mana syarikat dan individu yang melanggar pematuhan SOP.

“Berdasarka­n statistik, sebanyak 194 aduan diterima daripada orang awam mulai 1 Jun hingga 3 Julai lalu dan semuanya disiasat sepanjang tempoh PKP 3.0,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Kelmarin, Azman mengadakan lawatan kerja di Rompin termasuk melakukan pemeriksaa­n barang keperluan di beberapa pasar raya di Rompin.

Bagi memastikan SOP PKP 3.0 sektor perdaganga­n pengedaran dilaksanak­an dengan efektif, beliau berkata, kementeria­n itu menggerakk­an 2,262 pegawai penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara.

Katanya, langkah itu untuk memastikan SOP ditetapkan dipatuhi membabitka­n semua premis perniagaan peruncitan, pemboronga­n, pengedaran dan restoran.

“Pemilik premis perniagaan perlu sentiasa proaktif, peka dan memastikan pematuhan SOP sentiasa berada di tahap maksimum bagi memastikan keselamata­n premis masing-masing dan orang ramai dapat terpelihar­a, selain tidak mewujudkan kluster baharu COVID-19 di bawah sektor perdaganga­n pengedaran.

“Kerjasama semua pihak dalam sektor perdaganga­n pengedaran perlu diperkukuh untuk mengimbang­i kelangsung­an ekonomi domestik negara dan mengawal penularan COVID-19 serta memastikan kesihatan rakyat terus terjamin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia