Berita Harian

Bau kuat tumpahan bahan kimia resahkan penduduk

300 bimbang insiden pening, muntah berulang

- farid_noh@bh.com.my Oleh Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Bau tumpahan bahan kimia berwarna hitam pekat dan berbau busuk dari stor haram di Kampung Baru Sengkang, Kulai, masih boleh dihidu penduduk.

Ia sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n kepada kira-kira 300 penduduk kampung berkenaan yang terletak hanya satu kilometer dari lokasi stor haram itu.

Penduduk kampung itu, Hider Riduan, 34, berkata bau tumpahan kimia itu sangat kuat dan dapat dihidu penduduk selama kira-kira empat jam hingga jam 11 malam kelmarin.

“Kami risau apabila bau kimia seperti plastik dibakar itu sangat kuat dan dapat dihidu penduduk dalam masa agak lama.

“Disebabkan bimbang insiden pening dan muntah berlaku, saya meminta ibu dan adik memakai pelitup muka dalam rumah kerana baunya amat kuat malam tadi (kelmarin).

“Bagaimanap­un, bau itu beransur hilang pagi ini (semalam). Kami dimaklumka­n bau kimia sama dapat dihidu penduduk di kawasan Sungai Skudai yang berada di sebelah penempatan kampung ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, media melaporkan tumpahan bahan kimia berwarna hitam pekat dan berbau busuk yang dibimbangi mencemari sumber air utama daerah ini dan Johor Bahru sejak kelmarin, didapati berpunca dari sebuah stor simpanan haram.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Famey Yusoff, dilaporkan berkata, hasil pemeriksaa­n pegawai penyiasat agensi itu mendapati tumpahan bahan kimia berwarna hitam itu dipercayai dibawa dari kawasan luar sebelum disimpan di stor haram yang terletak di kawasan Kampung Baru Sengkang.

Seorang warga emas dan anaknya, yang masing-masing berusia 61 dan 19 tahun dikejarkan ke

Hospital Kulai, malam Sabtu lalu, selepas mengalami gejala muntah dan pening kepala dipercayai akibat terhidu tumpahan kimia di Kampung Baru Sengkang di Kulai.

Sebelum itu, media melaporkan sebuah tangki bersaiz 1,000 liter mengandung­i bahan kimia di sebuah stor di Jalan Besar, Kampung Baru Sengkang, Kulai di sini, pecah dan mengakibat­kan bahan itu mengalir ke sungai berhampira­n.

Tumpahan itu dipercayai bahan kimia dari jenis Methyltrio­cdylam monium chloride, Hydrogen Peroxide Solution, N-methyl Cyclohexyl­amine, namun JAS sedang membuat pemeriksaa­n lanjut.

Stor haram berkeluasa­n 24.3 meter x 24.3 meter berada bersebelah­an anak Sungai Sengkang yang mengalir ke Sungai Skudai, menjadi punca sumber air utama bagi Kulai dan Johor Bahru.

Terdapat 30 tangki di stor haram berkenaan yang mengandung­i bahan alkali dan satu daripada tangki berkenaan pecah dengan bahannya mengalir ke anak Sungai Sengkang.

 ?? (Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) ?? Tumpahan bahan kimia di dalam sebuah stor haram di Kampung Baru Sengkang, Kulai, Johor.
(Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) Tumpahan bahan kimia di dalam sebuah stor haram di Kampung Baru Sengkang, Kulai, Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia