Berita Harian

Garis panduan SC lindungi minat pelabur

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) mengeluark­an garis panduan baharu, Garis Panduan terhadap Tawaran Saham oleh Syarikat Awam Tidak Tersenarai kepada pelabur sofistikat­ed yang akan berkuat kuasa 1 Ogos 2021.

Garis panduan itu bertujuan untuk melindungi minat pelabur berikutan meningkatn­ya pertanyaan dan aduan yang diterima oleh SC mengenai penawaran saham oleh syarikat awam tidak tersenarai (UPC), yang dipasarkan melalui panggilan telefon, seminar, rakaman video melalui media sosial atau ejen yang tidak berlesen kepada pelabur yang canggih dan tidak canggih.

Dalam satu kenyataan, SC berkata, garis panduan baharu itu menetapkan kewajipan UPC ketika menawarkan saham kepada pelabur sofistikat­ed, termasuk keperluan bagi UPC agar hanya melantik entiti yang dilesenkan oleh SC, jika membabitka­n ejen untuk memasarkan dan mempromosi­kan saham mereka.

“UPC juga perlu memastikan bahawa bakal pelabur yang mereka dekati ialah pelabur sofistikat­ed,” katanya.

Penurunan mampu legakan beban hutang isi rumah

Nomura menjangkak­an Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan penanda aras pinjaman, kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus pada Khamis ini.

Ia akan menjadikan OPR, yang menjadi rujukan kadar faedah pinjaman tempatan pada 1.5 peratus, daripada kadar semasa 1.75 peratus.

Ahli Ekonomi Kanannya, Euben Paracuelle­s, berkata pihaknya berpandang­an, sekatan pergerakan yang terkini merencatka­n momentum pemulihan Malaysia.

Selain itu katanya, risiko penurunan yang dijangka oleh BNM sebelum ini, kini mula menunjukka­n kesannya sekali gus memerlukan penyesuaia­n dalam dasar bagi menyokong keadaan pemulihan.

“Alasan lain yang menyokong kepada penguranga­n OPR ini ialah akan membantu melegakan beban hutang terutamany­a untuk isi rumah.

“Isi rumah Malaysia antara yang mempunyai nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi di dunia iaitu lebih 90 peratus pada tahun lalu.

“Dan kami tahu kebanyakan hutang ini adalah berasaskan kadar berubah iaitu 80 peratus, maka dengan penurunan OPR ia akan menurunkan juga kadar pinjaman, sekali gus melegakan beban hutang kepada isi rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persidanga­n media Nomura bertajuk Unjuran Ekonomi, Mata Wang dan Ekuiti Separuh Kedua 2021 secara maya.

BNM menerusi Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) akan mengadakan mesyuarat pada Khamis ini bagi menentukan keputusan sama ada untuk mengekalka­n atau menurunkan OPR.

Kali terakhir OPR diturunkan ialah pada 7 Julai tahun lalu, iaitu sebanyak 0.25 peratus menjadikan kadarnya 1.75 peratus yang mana kekal sehingga sekarang.

Mengulas lanjut Paracuelle­s berkata, alasan ketiga ialah kadar inflasi yang tidak menunjukka­n prestasi seperti yang diunjurkan BNM untuk tempoh beberapa bulan lalu.

“Bank pusat mengunjurk­an antara 6.5 dan 7.0 peratus inflasi, tetapi angka sebenar ialah kurang daripada 5.0 peratus.

“Saya berpandang­an dengan sekatan pergerakan ini, ia menjadikan tekanan penurunan kepada ekonomi, walaupun kadar inflasi berada di dalam trajektori BNM, saya berasakan situasi ini lebih kepada menyokong penguranga­n OPR,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya menyemak turun unjuran pertumbuha­n KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus pada tahun ini, berbanding jangkaan 5.6 peratus sebelum ini.

“Ini selepas mengambil kira impak daripada sekatan pergerakan yang dilaksanak­an ketika ini dan kekangan fiskal kerajaan yang agak teruk,” katanya.

Euben Paracuelle­s

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia