Berita Harian

PEMULIH kurangkan kesan berganda COVID-19

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Rangsangan fiskal RM150B sokong ekonomi ekoran sekatan pergerakan hazwanfais­al@mediaprima.com.my

Rangsangan fiskal terbaru yang dilaksanak­an Malaysia sebanyak AS$36 bilion (RM150 bilion) dijangka dapat mengurangk­an kesan negatif yang berganda kepada ekonomi ekoran pelaksanaa­n sekatan pergerakan seluruh negara.

Menurut Moody’s Analytics, gelombang penularan COVID-19 kembali meningkat di sebahagian rantau Asia Tenggara dengan Indonesia dan Malaysia menyaksika­n peningkata­n jangkitan harian.

Katanya, Indonesia melaporkan rekod tertinggi 24,836 kes baharu pada Khamis, dengan lonjakan sejak akhir Jun lalu itu berlaku selepas cuti Aidilfitri, yang menyaksika­n pergerakan pekerja migran secara besar-besaran.

“Perkara sama berlaku di Malaysia dengan jangkitan baharu setiap hari terus melebihi angka 6,000.

“Dalam kedua-dua kes, perkembang­an ini merencatka­n jangkaan yang pemulihan ekonomi kedua-dua negara untuk bertumbuh pantas pada 2022.

“Perkara utamanya adalah sehingga jangkitan terkawal, perintah kawalan pergerakan yang pelbagai akan dikenakan dan ia akan merugikan permintaan domestik,” katanya.

Menurut firma penarafan itu, Kerajaan Indonesia keberatan untuk mengenakan sekatan pergerakan yang keras dalam usaha untuk meminimumk­an kerosakan kepada ekonomi, sebaliknya ia menumpukan pada sekatan pergerakan bersasar di titik panas virus.

“Sekatan sosial terbaru dikenakan di Jawa dan Bali sekurangku­rangnya selama tiga minggu.

“Indeks ketegasan kerajaan menunjukka­n bahawa sekatan Indonesia secara relatif kurang berat daripada di Singapura dan Malaysia, yang tidak mempunyai kadar jangkitan yang sama.

“Akibatnya, aktiviti dalam ekonomi Indonesia tidak terjejas dengan teruk. Ini bermaksud, kesan kepada permintaan domestik tidak akan seteruk seperti yang dijangkaka­n di Malaysia untuk tempoh sama.

“Ia juga bermaksud bahawa menjadi lebih sukar membendung gelombang jangkitan terbaru dengan berkesan di Indonesia memandangk­an sifat varian Delta yang mudah tersebar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia