Berita Harian

Sentimen pasaran berhati-hati

Pelabur pantau pendirian Bank Negara isu kadar faedah, prospek ekonomi

-

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur dengan indeks utama dalam zon merah dengan sentimen berhati-hati berikutan kes COVID-19 terus melebihi 6,000 pada Isnin.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.99 mata kepada 1,532.36 daripada 1,533.35 ketika ditutup pada Jumaat.

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 0.69 mata kepada 1,534.04 dan bergerak antara 1,525.40 dan 1,535.88 sepanjang hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 526 berbanding 503, manakala 402 kaunter tidak berubah, 742 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 6.5 bilion unit bernilai RM3.59 bilion daripada 5.51 bilion unit bernilai RM2.88 bilion dicatatkan pada Jumaat lalu.

Malaysia mencatatka­n 6,387 kes jangkitan COVID-19 baharu, semalam.

Sementara itu, peniaga berkata, pelabur berhati-hati dan akan memantau keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) selepas mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari pada 8 Julai.

Dalam nota penyelidik­annya,

Kenanga Research berkata, tumpuan akan diberi kepada pendirian bank pusat mengenai sama ada mengekalka­n atau mengurangk­an kadar faedah serta prospek ekonomi terkininya berdasarka­n langkah kerajaan baru-baru ini untuk mengetatka­n sekatan pergerakan dalam usaha mengawal COVID-19.

Saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank naik dua sen kepada RM8.13, Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing menambah satu sen kepada RM4.12 dan RM5.62, manakala Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM8.10, TNB tidak berubah pada RM9.73 dan CIMB susut tiga sen kepada RM4.61.

Daripada saham aktif, Serba Dinamik naik 10 sen kepada 48.5 sen, Kumpulan Jetson menambah 19 sen kepada 55.5 sen, Sedania Innovator meningkat 30 sen kepada RM1.06 manakala Pasukhas dan Sarawak Consolidat­ed, masing-masing menokok 1.5 sen kepada 30 sen dan 82.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 11.19 mata kepada 11,149.72, Indeks FBMT 100 merosot 15.43 mata kepada 10,857.99 dan Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 12.84 mata kepada 12,163.27.

FBM ACE melonjak 117.81 mata kepada 7,329.02, manakala FBM 70 susut 53.45 mata kepada 14,396.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan merosot 10.43 mata kepada 15,117.02, Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an naik 1.09 mata kepada 188.02 dan Indeks Perladanga­n berkuranga­n 34.25 mata kepada 6,381.57.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 4.84 bilion saham bernilai RM2.93 bilion daripada 3.72 bilion saham bernilai RM2.35 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 241.76 juta unit bernilai RM21.83 juta daripada 223.33 juta unit bernilai RM24.62 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 1.42 bilion saham bernilai RM634.26 juta daripada 1.57 bilion saham bernilai RM502.05 juta.

Barangan pengguna dan perkhidmat­an menyumbang 426.64 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustr­ian dan perkhidmat­an (1.34 bilion), pembinaan (161.96 juta), teknologi (465.895 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (69.82 juta), hartanah (125.63 juta), perladanga­n (17.93 juta), REIT (4.98 juta), dana tertutup (14,100), tenaga (2.05 bilion), penjagaan kesihatan (61.53 juta), telekomuni­kasi dan media (35.58 juta), pengangkut­an dan logistik (59.44 juta) dan utiliti (18.29 juta). BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia