Berita Harian

Cuaca buruk ancam misi menyelamat

-

Pasukan penyelamat kesuntukan masa cari lebih 100 hilang

Tokyo: Pasukan penyelamat Jepun berdepan cuaca buruk dan kesuntukan masa bagi mencari dan menyelamat lebih 100 individu yang dilaporkan hilang, dua hari selepas tragedi tanah runtuh di sebuah bandar peranginan.

Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam bencana alam di Atami selepas hujan lebat menyebabka­n tanah runtuh dan banjir lumpur membawa ketulan batu di sepanjang sebatang jalan di bandar berkenaan.

Hujan lebat dan tanah runtuh itu mengingatk­an penduduk kepada gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami yang membelengg­u Jepun, dengan ibu negara Tokyo bakal menjadi hos temasya Sukan Olimpik bermula bulan ini.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga, berkata polis, bomba dan anggota tentera yang dikerah sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari serta menyelamat­kan mangsa.

Menurut pihak berkuasa, 387 orang berjaya dipindahka­n termasuk pasangan warga tua antara 19 yang diselamatk­an dalam operasi terkini.

Portal berita Asahi melaporkan, Yoshie Yuhara dan suami, Eiji, kedua-duanya berusia 75 tahun, diselamatk­an kelmarin selepas terperangk­ap 26 jam.

Jurucakap kerajaan tempatan, Hiroki Onuma, berkata individu ketiga disahkan maut di bandar Atami yang terletak 90 kilometer dari Tokyo, manakala 113 lagi dipercayai masih hilang.

“Kami sedang berhubung dengan pelbagai kumpulan dan berusaha memperheba­tkan usaha pencarian.

“Walaupun hujan berhenti ketika ini, pengkaji cuaca meramalkan ia akan kembali pada kadar yang lebih lebat, sekali gus mencetus kemungkina­n tanah runtuh akan berlaku sekali lagi,” katanya.

Kira-kira 130 bangunan terkesan dengan tragedi pagi Sabtu lalu itu, apabila tanah runtuh melanda Atami, yang juga bandar peranginan air panas yang terletak di kawasan berbukit.

Media tempatan melaporkan air, lumpur dan serpihan dari lokasi kejadian turut dihanyutka­n sungai berhampira­n sejauh dua kilometer menuju ke laut.

Dalam pada itu, ratusan ribu penduduk di tiga wilayah termasuk Shizuoka, Kanagawa dan Chiba, diarah berpindah berikutan wujud kemungkina­n dilanda banjir. AGENSI

 ?? (Foto A FP) ?? Pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Atami Tokyo.
(Foto A FP) Pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Atami Tokyo.
 ?? (Foto A FP) ?? Anggota pengelamat mencari mangsa yang terperangk­ap dibawah runtuhan di lokasi kejadian tanah runtuh di Atami.
(Foto A FP) Anggota pengelamat mencari mangsa yang terperangk­ap dibawah runtuhan di lokasi kejadian tanah runtuh di Atami.
 ?? (Foto A FP) ?? Sebuah rumah ranap dalam kejadian tanah runtuh di bandar Atama, Sabtu lalu.
(Foto A FP) Sebuah rumah ranap dalam kejadian tanah runtuh di bandar Atama, Sabtu lalu.
 ?? (Foto A FP) ?? Anggota penyelamat meredah lumpur dalam usaha mencari mangsa yang tertimbus.
(Foto A FP) Anggota penyelamat meredah lumpur dalam usaha mencari mangsa yang tertimbus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia