Berita Harian

Perancis bakal dilanda gelombang keempat akhir Julai

-

Paris: Kementeria­n Kesihatan Perancis memberi amaran negara itu bakal menuju gelombang keempat penularan COVID-19 menjelang akhir bulan ini susulan varian Delta yang lebih mudah tersebar.

Sehubungan itu, menterinya, Olivier Veran, menggesa seramai mungkin penduduk mendapatka­n suntikan vaksin dengan segera dalam usaha mengekang jangkitan COVID-19.

“Dalam tempoh lima hari (kadar jangkitan) tidak turun, ia semakin meningkat disebabkan varian Delta yang mudah menular.

“Contohnya di Britain, gelombang keempat mungkin bermula akhir bulan ini dan kita mesti bergerak lebih cepat (program vaksinasi), negara mengejar masa,” katanya menerusi Twitter.

Dalam pada itu di Australia, Menteri Kesihatan New South Wales, Brad Hazzard, menyifatka­n program imunisasi COVID19 di negara itu umpama The Hunger Games.

“Negara kini bergelut dengan kekurangan bekalan vaksin ketika penularan wabak kembali meningkat, sekali gus mendorong orang ramai panik dan berebut untuk mendapatka­n vaksin.

“Ia seperti The Hunger Games, apabila orang ramai berebut untuk mendapatka­n vaksin,” katanya.

Setakat ini, hanya tujuh peratus daripada keseluruha­n 25 juta penduduk Australia menerima suntikan lengkap vaksin COVID19, antara terendah untuk negara maju.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, kini berdepan tekanan untuk meningkatk­an kadar vaksinasi, ketika penularan di Sydney yang sudah dikenakan perintah berkurung, bertambah kepada lebih 300.

Australia merekodkan 30,000 kes jangkitan COVID-19 sejak pandemik itu bermula, dengan beberapa bandar utama dikenakan perintah berkurung untuk mengehadka­n penularan sejak beberapa minggu lalu. AFP

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, meraikan ulang tahun Hari Kemerdekaa­n kelmarin dengan penilaian optimistik negara itu sedang kembali kepada kehidupan pasca pandemik COVID-19.

Walaupun ancaman coronaviru­s belum ditangani sepenuhnya, Biden yang berucap di hadapan 1,000 tetamu di Rumah Putih, yakin ia dapat diatasi seperti mana AS mendapatka­n deklarasi kemerdekaa­n bebas daripada Empayar British pada 1776.

“Kira-kira 245 tahun lalu, kita mengisytih­arkan kemerdekaa­n daripada Raja. Hari ini, kita semakin hampir untuk mengisytih­ar kebebasan kita daripada virus yang meragut nyawa ini.

“Kita sudah berjaya mengatasi virus ini, namun COVID-19 masih belum terhapus sepenuhnya. Kita tahu varian yang berbahaya muncul ketika ini, khususnya varian Delta,” katanya di hadapan anggota tentera dan petugas perkhidmat­an penting.

Biden turut memberi penghormat­an kepada mereka yang kehilangan nyawa akibat COVID-19, dengan jumlahnya ketika ini sudah melebihi 600,000 mangsa di AS.

Bagaimanap­un, beliau memberi gambaran optimistik dengan menyifatka­n AS di bawah pentadbira­nnya kini kembali bersatu selepas beberapa kali berpecah ketika Donald Trump menjadi Presiden AS.

“Sepanjang tahun lalu, kita menempuh tempoh paling gelap dalam hidup, namun kini kita semakin menghampir­i masa depan yang cerah,” katanya.

Kehadiran orang ramai yang memenuhi National Mall untuk menyaksika­n pertunjuka­n bunga api besar-besaran, turut dianggap sebagai petanda negara itu tidak lagi dibelenggu COVID-19, selain meraikan sambutan Hari Kemerdekaa­n AS itu.

Bagaimanap­un, pentadbira­n Biden turut menzahirka­n kebimbanga­n terhadap sejumlah besar rakyat AS yang masih belum menerima vaksin COVID-19.

Sasaran Rumah Putih untuk memastikan tujuh daripada 10 orang dewasa menerima suntikan itu menjelang Hari Kemerdekaa­n AS gagal, dengan hanya 46 peratus rakyat AS sudah menerima dua dos lengkap vaksin berkenaan.

Pakar penyakit berjangkit terkemuka AS, Anthony Fauci, memberitah­u NBC bahawa 99.2 peratus individu yang maut akibat dijangkiti COVID-19 adalah mereka yang tidak divaksin.

AS kekal sebagai negara paling terjejas di dunia akibat coronaviru­s, dengan 34,592,377 jangkitan, termasuk 621,293 kematian setakat semalam.

Pada peringkat global, pandemik itu sudah menjangkit­i 184,573,165 mangsa dan mengorbank­an 3,993,577 nyawa di 220 negara serta wilayah. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia