Berita Harian

63 pesakit maut terputus bekalan oksigen di Indonesia

-

Jumlah kematian terus meningkat, sistem kesihatan hampir lumpuh

Yogyakarta: Sekurang-kurangnya 63 pesakit COVID-19 di Hospital Awam Dr Sardjito di Pulau Jawa, Indonesia maut akibat kehabisan bekalan cecair oksigen.

Jurucakap Kementeria­n Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi, berkata pembekal oksigen diarah mengutamak­an keperluan bahan itu bagi kegunaan perubatan susulan peningkata­n ketara kes coronaviru­s di republik itu.

“Kita juga berharap orang ramai tidak melambakka­n stok oksigen, yang mungkin menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan ini, sekali mengancam nyawa mereka yang memerlukan,” katanya.

Menurut kementeria­n bertanggun­gjawab menangani pandemik COVID-19, semua pengeluar diarah mengutamak­an pembekalan sekurang-kurangnya 800 tan bekalan oksigen perubatan setiap hari.

Menurut jurucakap Hospital Awam Dr Sardjito, Banu Hermawan, kekurangan bekalan oksigen di hospital terbesar di bandar itu adalah kerana kebanyakan pesakit tiba dalam keadaan tenat dan sejak Sabtu lalu, 63 kematian akibat COVID-19 dilaporkan.

Jumlah kematian kian meningkat,

Tentera menggunaka­n kereta perisai ketika sekatan jalan raya di Jakarta, Indonesia, semalam.

walaupun pihak hospital menggunaka­n tangki silinder oksigen bagi rawat pesakit kronik.

Bekalan oksigen kembali pulih sekitar jam 4.45 pagi Ahad lalu waktu tempatan selepas kira-kira 15 tan bekalan cecair oksigen tiba.

Malah, dalam keadaan kritikal itu, pihak hospital sudah memohon kepada pihak berkuasa kesihatan untuk menyegerak­an bantuan.

Indonesia kini bertarung dengan peningkata­n kes COVID-19 sehingga menyaksika­n sistem kesihatann­ya hampir lumpuh.

Negara dengan jumlah penduduk keempat paling ramai di dunia itu kini adalah yang paling terjejas di Asia Tenggara dengan rekod harian tertinggi 27,913 kes jangkitan Sabtu lalu.

Kebanyakan hospital di Jawa kini semakin kritikal susulan penularan mendadak varian Delta, yang menyebabka­n jumlah keseluruha­n kes COVID-19 meningkat dengan ketara.

Menurut Kerajaan Indonesia, kadar pengebumia­n harian mangsa pandemik turut meningkat 10 kali ganda sejak Mei lalu, dengan 392 pengebumia­n dilakukan Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Indonesia memutuskan hanya akan membenarka­n warga asing yang lengkap menerima vaksin memasuki negara itu mulai hari ini.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan, dalam satu kenyataan, berkata setiap warga asing dikehendak­i menunjukka­n kad vaksin yang membuktika­n mereka divaksin sepenuhnya.

“Di samping itu, warga asing juga perlu menyertaka­n keputusan negatif ujian PCR COVID-19 sebelum dibenarkan memasuki republik itu.

“Bagaimanap­un pengecuali­an sijil vaksinasi diberikan kepada diplomat asing dan pegawai peringkat kementeria­n sesuai dengan amalan hubungan diplomatik dilaksanak­an negara lain.

“Peraturan kuarantin tetap dikuatkuas­akan untuk warga asing dan warga Indonesia, mereka harus menjalani kuarantin lapan hari dengan dua ujian PCR, iaitu pada hari ketibaan dan hari ketujuh,” katanya.

Sejak Indonesia mengumumka­n kes COVID-19 pertama pada 2 Mac 2020, jumlah jangkitan kini mencecah 2,284,084 kes sementara jumlah kematian mencapai 60,582 mangsa. AGENSI

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia