Berita Harian

Taliban beri ‘peringatan’ kepada tentera asing di Afghanista­n

-

Kabul: Taliban memberi amaran mana-mana tentera asing masih berada di Afghanista­n selepas tarikh pengundura­n akhir September ini berdepan risiko dianggap penjajah.

Peringatan itu diberi susulan laporan mengatakan 1,000 tentera Amerika Syarikat (AS) masih berada di lapangan bagi melindungi misi diplomatik dan lapangan terbang antarabang­sa Kabul.

Misi ketenteraa­n AS dan Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) selama 20 tahun di Afghanista­n diumumkan akan berakhir sepenuhnya menjelang 11 September ini.

Namun, keganasan di negara itu terus meningkat, dengan Taliban mengambil alih lebih banyak wilayah ketika pasukan ketenteraa­n Afghanista­n gagal menjaga keamanan, sekali gus meningkatk­an kebimbanga­n terhadap masa depan Kabul.

Jurucakap Taliban, Suhail Shaheen, berkata bukan dasar kumpulan itu untuk ambil alih Kabul secara ketenteraa­n.

Namun, ketika temu bual BBC di pejabat kumpulan militan itu di Qatar, beliau menegaskan tidak harus ada pasukan asing termasuk kontraktor tentera, tinggal di kota itu selepas pengundura­n selesai.

“Sekiranya mereka meninggalk­an pasukan tentera di sini, yang melanggar Perjanjian Doha, maka kepemimpin­an Taliban akan memutuskan bagaimana kami menanganin­ya.

“Kami bertindak balas berdasarka­n keputusan akhir pucuk pimpinan Taliban,” katanya sambil menambah diplomat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat asing tidak menjadi sasaran Taliban.

Shaheen menyifatka­n pengundura­n dari Pangkalan Udara Bagram minggu lalu, lokasi pangkalan tentera terbesar AS di Afghanista­n sebagai detik bersejarah.

Di bawah perjanjian dengan Taliban, AS dan sekutunya, NATO, setuju berundur sebagai balasan atas komitmen pihak militan untuk tidak benarkan al-qaeda atau kumpulan pelampau lain beroperasi di kawasan yang mereka kuasai.

Presiden AS, Joe Biden, menetapkan tarikh akhir 11 September, sempena ulang tahun ke 20 serangan ke atas AS, untuk tenteranya berundur sepenuhnya, namun laporan menunjukka­n ia mungkin selesai lebih awal.

Seorang Ahli Parlimen Afghanista­n, Razwan Murad, yang bercakap bagi pihak pemerintah, berkata pengundura­n itu dilakukan secara tidak bertanggun­gjawab.

Katanya, pemerintah sudah bersedia untuk rundingan dan gencatan senjata, tetapi Taliban tiada komitmen perdamaian, sebaliknya ghairah melancarka­n serangan merampas kembali wilayah lama mereka.

Bagaimanap­un, Shaheen menafikan kumpulan militan itu terbabit dalam peningkata­n keganasan baru-baru ini, yang menyaksika­n kira-kira 100 daripada 400 wilayah di serata Afghanista­n dikuasai Taliban.

Katanya, kebanyakan wilayah terbabit diserahkan kepada Taliban menerusi timbang tara selepas tentera Afghanista­n menolak untuk berperang.

Sementara itu, Presiden Afghanista­n, Ashraf Ghani, menegaskan pasukan keselamata­n negara itu berupaya mengekang pemberonta­k, namun ramai percaya pengundura­n menyebabka­n negara itu kembali ke tangan Taliban. AGENSI

Suhail Shaheen

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia