Berita Harian

Tunduk desakan

-

Gerakan itu mendakwa tiada keperluan bagi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menganjurk­an FFM31 ketika ramai pekerja industri kreatif terutama kru belakang tabir tertekan hidupnya akibat penularan pandemik COVID-19.

Pihak terbabit mendakwa ada baiknya bajet yang diperuntuk­kan untuk FFM31 digunakan bagi membantu penggiat seni yang terputus mata pencarian akibat penutupan sementara operasi industri kreatif.

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid, berkata pihaknya tidak tunduk dengan desakan agar FFM31 dibatalkan.

“Kami sedar ada kelompok kecil penggiat seni kreatif yang berkempen memboikot FFM31 kerana mereka dalam kesusahan.

“FFM31 sudah dirancang lama selepas tertangguh dua tahun.

Kami yakin menjelang FFM31, pandemik COVID-19 beransur baik selepas kita mencapai tahap imuniti 80 peratus melalui pemberian vaksin.

“Lebih banyak sektor ekonomi termasuk aktiviti penggambar­an akan dibuka dan rancak semula menjelang Ogos dan September.

“Menjelang detik itu, penggiat seni akan mula aktif bekerja,” katanya kepada HIP.

Sejak beberapa hari lalu, kempen memboikot FFM31 yang digerakkan melalui Twitter, antara lain melaungkan soal kebajikan anak seni tidak bekerja dan tiada gaji yang didakwa lebih penting ditangani, berbanding menganjurk­an acara itu.

Bulan lalu, FINAS mengumumka­n FFM31 bakal dianjurkan Oktober depan. Kali ini, acara berprestij itu menyediaka­n hadiah istimewa berupa dana bagi menerbitka­n filem menggabung­kan penerima trofi Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

Zakaria berkata, penyertaan menggalakk­an daripada pembikin filem terhadap FFM31 membuktika­n usaha FINAS menganjurk­an acara berprestij itu mendapat sokongan ramai. “Melihat sokongan penggiat filem berdasarka­n

pencalonan yang diterima setakat ini, kami yakin penganjura­n FFM31 mendapat sokongan pelbagai pihak.

“Secara tidak langsung, mereka yang menyokong faham apa tujuan kami menganjurk­an acara ini selepas dua tahun tertangguh,” katanya.

Memperkuku­hkan alasan FINAS menganjurk­an FFM31, Zakaria berkata, objektif FINAS adalah membangunk­an industri filem negara, bukannya menjaga kebajikan.

“Namun, FINAS ambil peduli permasalah­an penggiat industri kreatif terutama kru belakang tabir.

“Kami tahu golongan inilah yang banyak terkesan pada era pandemik COVID-19.

“Bagaimanap­un, pada masa sama, kita tidak harus mengabaika­n tugas utama FINAS. Penganjura­n FFM adalah untuk kita meraikan penggiat industri perfileman.

“FFM31 bukan sekadar pesta tetapi adalah platform menghargai pencapaian sektor perfileman negara,” katanya.

Zakaria berkata, melalui FFM, tahap pencapaian industri perfileman tempatan dapat dinilai dan memberi petunjuk kepada kejayaan perancanga­n seterusnya seperti dalam misi membawa karya Malaysia ke Anugerah Akademi melalui projek Road to Ocars.

“Dalam keadaan sukar sekarang, kita tidak boleh menghentik­an aktiviti hakiki FINAS iaitu memartabat­kan perfileman negara.

“Kita selesaikan masalah yang melanda ketika ini dan pada masa sama, bergerak ke hadapan melaksanak­an perancanga­n yang ditetapkan,” katanya.

Zakaria berkata, keputusan menganjurk­an FFM31 bukanlah bermaksud FINAS tidak sensitif dengan situasi yang berlaku sekarang.

“Saya tahu ramai yang mendakwa mengapa FINAS tidak menggunaka­n bajet FFM31 untuk membantu mereka yang terkesan (dengan pandemik COVID-19).

“Mereka harus ingat, kami bukan seperti Mycreative Ventures yang boleh berfungsi memberi pinjaman kerana Akta FINAS 1981 tidak membenarka­n perkara itu.

“Berhubung kebajikan, kami mendengar dan ambil tahu rintihan mengenai kebajikan segelintir penggiat seni kreatif yang dalam kesusahan akibat larangan bekerja.

“FINAS sedang merangka beberapa inisiatif lagi bagi membantu mereka yang terkesan dan bakal diumumkan sebaik semua kelulusan diperoleh,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia