Berita Harian

‘Tiada iklan, produk tak jalan’

-

Selain bintang disegani yang dibariskan dalam drama Ayahanda, pelakon, Noorkhiria­h teruja dipertemuk­an dengan insan yang membawanya bertapak ke dunia seni, iaitu pengarah drama itu, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Menjayakan drama yang bakal disiarkan slot Lestary TV3 mulai 10 Julai ini, Noorkhiria­h teringat nostalgia bersama Tarmimi, lebih 25 tahun lalu.

“Ahmad Tarmimi mula menyedari saya ketika menghadiri uji bakat artis kebudayaan di Kuantan, Pahang pada 1995.

“Ketika itu, beliau bersama seorang lagi ahli panel, mengadili bakat peserta. Saya pula tak reti menari, keras dan kaku. Menyanyi pun ‘ke laut’.

“Saya disuruh berlakon jadi orang gila pada sesi uji bakat itu.

“Kehadiran dan bakat saya diperhatik­an Ahmad Tarmimi sehingga saya berjaya menyertai kumpulan budaya di Kompleks Budaya Negara atau sekarang dikenali sebagai Istana Budaya,” katanya kepada HIP.

Dalam drama Ayahanda terbitan Zeel Production­s, Noorkhiria­h yang memegang watak Halimah, berganding dengan Fauziah Ahmad Daud, Jalil Hamid, Fikry Ibrahim, Hairi Safwan dan Shah Jaszle.

Noorkhiria­h atau nama penuh, Noorkhiria­h Ahmad Shapie tidak pernah melupakan detik bermulanya kembara seni di bawah bimbingan Ahmad Tarmimi.

“Saya tidak akan melupakan jasa Ahmad Tarmimi. Saya pernah bekerja di bawah arahannya dalam sebuah telefilem pada 1997. Dalam telefilem itu, beliau juga berlakon sebagai bapa saya.

“Selepas itu, saya pernah berlakon teater Rubiah di Istana Budaya yang diarahkan Ahmad Tarmimi. Ketika itu, watak Rubiah dilakonkan Fauziah Latiff.

“Sekarang saya dapat peluang untuk bekerja dengannya di bawah drama Ayahanda. Ini suatu pengalaman berharga dapat bekerja di bawah pengarahan­nya,” katanya.

Tidak memiliki ilmu untuk mengarah drama, Noorkhiria­h mengaku seronok melihat Ahmad Tarmimi melakukan tugasnya.

“Setiap gerak kamera ada maksud dan bukan kosong,” katanya yang sebelum ini muncul dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa diterajui Uqasha Senrose dan Shukri Yahaya.

Noorkhiria­h turut berkongsi pengalaman berlakon dengan Fauziah atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy dalam drama 13 episod itu.

“Saya teruja dan gementar berlakon dengan Kak Ogy. Siapa tidak gembira dan bangga bekerja dengannya. Kak Ogy sangat positif dan rasa gementar hilang selepas beliau mencurah ilmu dan berkongsi pengalaman.

“Berlakon dalam drama ini bayak memberi vibes yang menyeronok­kan. Saya juga perlu bercakap loghat utara dalam drama ini. Hairi banyak membantu kerana dia berasal dari Kedah,” katanya.

Dalam drama Ayahanda, Noorkhiria­h menjadi kakak kepada tiga adik lakonan Hairi, Shahz Jaszle dan Fikry manakala watak ibu dipegang Fauziah.

Drama Ayahanda diadaptasi daripada novel berdasarka­n kisah benar hasil tulisan Allahyarha­m Azizi Abdullah. Drama ini menggantik­an drama Budak Tebing 2 dalam slot Lestary TV3.

“Izinkanlah kami meneruskan penggambar­an dengan prosedur operasi standard (SOP) yang terbukti lebih ketat daripada industri atau sektor lain di Malaysia,” katanya.

Kay Lye bersyukur MAA dan 4As memberi sokongan kuat kepada PPFIM.

“Dua persatuan ini menyatakan sokongan untuk saya mengutus surat kepada Saifuddin.

“Bersama MAA dan 4As, kami sepakat berganding bahu membantu rakyat Malaysia yang memerlukan dan menaikkan ekonomi negara,” katanya yang berharap Saifuddin dapat menggunaka­n kuasa sebagai menteri untuk membenarka­n kerja penggambar­an diteruskan pada fasa kedua PPN.

Sementara itu, Presiden MAA, Mohamed Kadri Mohamed Taib, berkata rantaian perkhidmat­an sokongan seperti penerbit filem iklan diperlukan dalam memastikan kerja pemasaran dan pengiklana­n mencapai matlamat terutama dalam aspek jualan produk.

“Apabila rantaian ini terputus, ekonomi akan merosot. Penerbit filem iklan memainkan peranan penting dalam rantaian ini.

“Mereka perlu diizinkan beroperasi untuk menghasilk­an kandungan yang diperlukan bagi menjual barang dan perkhidmat­an. Ini membantu kami memainkan peranan penting dalam melancarka­n ekonomi,” katanya.

Presiden 4As, Andrew Lee membangkit­kan mengenai peningkata­n luar biasa kandungan digital dan transaksi atas talian sejak pelaksanaa­n PKP.

“Untuk bergerak selari dengan perubahan perilaku pengguna, industri pengiklana­n dan pemasaran menumpukan usaha pemasaran melalui platform digital. Malah, ekonomi digital dikenal pasti sebagai pemacu baharu pembanguna­n negara dan e-dagang bakal menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Industri kami sedih dalam menyahut saranan kerajaan mempercepa­tkan penggunaan teknologi dengan menerbitka­n kandungan dan kempen digital yang aktif. Ini termasuk meningkatk­an keyakinan peniaga dan isi rumah yang akan mendorong pemulihan ekonomi,” katanya.

Lee berkata, semua itu hanya dapat dicapai apabila industri yang berkaitan dalam bidang pengiklana­n termasuk penerbit filem iklan, beroperasi.

Noorkhiria­h menganggap Fauziah insan positif yang banyak mencurahka­n ilmu lakonan dalam penggambar­an drama Ayahanda.

Noorkhiria­h teruja dapat bekerja di bawah bimbingan Ahmad Tarmimi dalam Ayahanda.

Siti bersama Siti Aafiyah.

 ?? (Foto IG Siti Nurhaliza) ??
(Foto IG Siti Nurhaliza)
 ?? (Foto ihsan Noorkhiria­h) ??
(Foto ihsan Noorkhiria­h)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia