Berita Harian

2 pemain China cetus misteri

- Oleh Helmi Talkah

Zii Jia waspada ancaman Chen Long, Shi Yuqi helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jaguh badminton perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia berwaspada ancaman dua bintang China, Chen Long dan Shi Yuqi pada Sukan Olimpik Tokyo yang akan bermula 23 Julai ini.

Pemain berusia 23 tahun itu menyifatka­n prestasi kedua-dua pemain berkenaan kekal misteri selepas tidak beraksi mana-mana kejohanan sejak pandemik COVID-19 melanda, awal tahun lalu.

Katanya, walaupun teruja untuk membuat penampilan pertama pada temasya terbesar dunia itu, namun dia sentiasa memikirkan mengenai perkembang­an Chen Long dan Yuqi.

“Ini adalah kali pertama pemain China yang akan turun beraksi pada Sukan Olimpik tetapi tidak

Chen Long menyertai sebarang kejohanan.

“Jadi, saya tidak tahu mengenai tahap mereka sekarang dan perlu bersedia untuk berdepan mereka nanti. Namun, tahap keyakinan saya masih tinggi selepas muncul juara Seluruh England (Mac lalu),” katanya pada sidang media secara dalam talian, semalam.

Pemain berasal dari Alor Setar, Kedah itu berharap dapat mengekalka­n konsistens­iya seperti ketika muncul juara Seluruh England sebelum ini.

Dia merangkul gelaran pertama kejohanan tertua itu selepas menumbangk­an pemain nombor dua dunia, Vikto Axelsen dari Denmark di pentas final.

Zii Jia juga cemerlang apabila sebelum itu menyingkir­kan pemain nombor satu dunia yang juga pilhan utama bagi memenangi

Shi Yuqi pingat emas di Tokyo, Kento Momota dari Jepun pada aksi suku akhir.

“Kejayaan di Seluruh England akan dibawa sebagai bekalan apabila di Tokyo nanti. Saya juga tidak mahu fikir mengenai status bukan pilihan atau pemain pilihan, yang penting fokus persiapan diri sendiri,” kata pemain ranking nombor lapan dunia itu.

Di Tokyo, dia akan ditemani ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Hendrawan dan turut dibantu Pengarah Kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong

Hann.

Lee Zii Jia bersiap sedia dengan ancaman Chen Long dan Shi Yuqi pada Sukan Olimpik Tokyo yang akan bermula 23 Julai ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia