Berita Harian

Harapan Kedah, TFC berkecai

-

Kuala Lumpur: Dua wakil negara dari saingan Liga Malaysia, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC (TFC) sudah boleh melupakan impian untuk beraksi di pentas Piala AFC musim ini.

Ia selepas Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) mengambil keputusan membatalka­n aksi membabitka­n Kumpulan D, G, H dan I, susulan tiada pasukan atau negara mahu menjadi tuan rumah baharu.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John mengesahka­n mesyuarat jawatankua­sa pertanding­an membatalka­n kejohanan membabitka­n empat kumpulan terbabit. KDA FC dan TFC masingmasi­ng berada dalam Kumpulan H dan I.

Katanya, sukar untuk pihaknya mencari tuan rumah dalam waktu yang singkat, selain perlawanan terbabit tidak boleh ditunda kerana akan menganggu perjalanan liga domestik.

“Jika diikutkan situasi sekarang perlawanan Piala AFC membabitka­n kumpulan berkenaan batal dan kalau nak langsungka­n juga, ada ke pasukan atau negara mahu menjadi tuan rumah dalam tempoh terdekat ini?,” katanya.

Johor Bahru: Kesungguha­n dan semangat melawan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tewas 1-2 kepada Nagoya Grampus pada aksi Kumpulan G saingan Liga Juara-juara Asia (ACL) di Bangkok, kelmarin tetap mendapat pujian pengendali pasukan, Benjamin Mora.

Malah beliau kagum dengan kemampuan mereka mengimbang­i kekuatan kelab dari Jepun itu yang kini berada di tangga keempat Liga Satu Jepun, apabila jelas sukar menembusi benteng JDT selepas hanya mampu mencipta dua gol pada babak pertama sahaja.

“Semangat juang pemain begitu tinggi dalam perlawanan itu dan ia membanggak­an saya. Walaupun kami ketinggala­n 0-2, pemain tidak panik, sebaliknya berusaha bangkit dengan mengawal perlawanan dan cuba memburu gol.

“Kami lakukan rombakan kecil terhadap barisan pemain utama supaya mereka pulih daripada kepenatan untuk aksi terakhir berdepan Ratchaburi FC. Apa yang saya bangga, pemain yang diturunkan menunjukka­n

Pemain JDT, Mohamadou Sumareh (kanan) bersaing dengan pemain Nagoya Grampus pada aksi Liga Juara-juara Asia di Bangkok, kelmarin.

persembaha­n terbaik pada aksi menentang kelab dari Jepun itu.

“Mereka beri yang terbaik apabila kerap berlari sambil mengawal perlawanan. Mereka kerap beri tekanan terhadap lawan yang tampak tidak senang duduk. Cuma kami agak kecewa selepas dua percubaan yang mampu menghadirk­an gol sekadar

 ?? (Foto ihsan FB JOHOR Southern Tigers ) ??
(Foto ihsan FB JOHOR Southern Tigers )

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia