Berita Harian

Inspirasi Barella musnahkan Sepanyol

-

Aura Xavi, Iniesta iringi semangat pemain Itali ke Wembley

London: Legenda Sepanyol, Xavi dan Andres Iniesta menjadi sumber inspirasi kepada pemain tengah Itali, Nicolo Barella, namun menegaskan dia tidak berhasrat untuk meniru gaya permainan mereka.

Bekas pemain tengah Barcelona, Xavi dan Iniesta menjadi watak penting buat Sepanyol yang menjuarai Euro 2008 dan Euro 2012 - mereka menewaskan Itali di pentas final - selain turut membarisi pasukan ketika menjulang trofi Piala Dunia 2010.

Ketika dua legenda Barca itu dikenali dengan gerakan kreatif mereka di bahagian tengah berbanding menjaringk­an gol, Borella mengukuhka­n reputasiny­a

Xavi

Iniesta dengan ketajaman penyudahny­a buat Inter Milan dan Itali.

Malah, Barella membuka tirai jaringan dengan gol menarik ketika Itali menewaskan Belgium 2-1 pada aksi suku akhir.

Biarpun Barella mengakui menjadikan kedua-dua legenda Sepanyol itu sebagai sumber inspirasi tetapi dia menegaskan sukar untuk menjadi seperti mereka dengan corak permai- nan yang dimilikiny­a ketika ini. “Mereka adalah juara yang menjadi inspirasi kepada sesiapa saja, seperti Xavi dan Iniesta. “Ia mudah untuk mengatakan yang kita mendapat inspirasi tetapi saya mempunyai perwatakan berbeza dan sukar untuk menjadi mereka. “Pasukan Sepanyol yang menjuarai Euro 2012 memiliki pema- in tengah yang menakjubka­n. Mereka memiliki pemain yang hebat tetapi kami harap boleh mencapai tahap yang sama seperti mereka dan mungkin boleh buat lebih baik lagi,” kata Barella Itali menewaskan Sepanyol 2-0 pada pusingan 16 terbaik Euro 2016 bagi melunaskan dendam di atas kekalahan 0-4 di Kyiv sembilan tahun lalu. Kedua-dua pasukan akan membuat perhitunga­n pada aksi separuh akhir awal pagi esok waktu Malaysia dengan England atau Denmark akan menjadi lawan di pentas final di Wembley. AGENSI

Nicolo Barella

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia