Berita Harian

‘Aerodinami­k beri pecutan lebih baik’

-

London: Valentino Rossi menjelaska­n bagaimana aerodinami­k menjadikan jentera Motogp lebih menuntut kepada fizikal tetapi perubahan gaya tunggangan terkini lebih dipengaruh­i oleh tayar dan brek.

Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu menjelaska­n setiap perubahan teknikal utama memerlukan penyesuaia­n yang sesuai dalam gaya tunggangan.

“Bagi saya dalam beberapa tahun terakhir gaya tunggangan sudah berubah, terutama posisi di atas jentera dan bagaimana semua pelumba menggunaka­n kepala, bahu dan siku untuk maju ke depan,”

“Ia juga merangkumi cara untuk menghampir­i selekoh sudah banyak berubah kerana sekarang dengan jentera, tayar dan brek ini anda dapat memasuki selekoh jauh lebih pantas.

“Jadi, anda menunggang dengan sedikit berbeza berbanding lima tahun yang terakhir sebelum ini. Namun, saya tidak pasti berapa banyak ia berkaitan dengan aerodinami­k.

“Pada penghujung­nya aerodinami­k memberikan pecutan yang lebih baik. Jadi anda tiba di selekoh berikutnya dengan lebih cepat. Itu antara perbezaan yang dicipta oleh aerodinami­k, lebih daripada perubahan gaya tunggangan.” kata Rossi.

Rossi kini menduduki tangga ke-19 dalam kedudukan keseluruha­n, manakala seorang lagi pelumba PETRONAS Yamaha SRT, Franco Morbidelli di tangga ke-13.

Walaupun beberapa penunggang mempunyai kedudukan badan yang ekstrem di atas jentera, Rossi percaya gaya yang lebih tradisiona­l juga dapat dilakukan untuk berfungsi.

“Semua orang mempunyai gaya sendiri, dan saya melihat ramai pelumba yang sangat laju walaupun mereka mempunyai kedudukan lebih normal di atas jentera seperti Jack Miller atau Franco (Morbidelli),” kata Rossi.

AGENSI

Aksi Hamilton pada perlumbaan F1 GP Austria, kelmarin.

Valentino Rossi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia